
Pelakon Fattah Amin memohon maaf kepada anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, kerana tidak dapat hadir menyaksikan persembahannya sempena hari kebudayaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Menurut Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, dia sebenarnya sangat berharap dapat melihat persembahan anaknya itu.
Namun begitu, dia kini berada di New Zealand bagi menjalani penggambaran sebuah drama.
“Saya sangat berharap yang saya dapat bersama awak baby. Daddy mohon maaf sangat. Daddy perlu pergi kerja,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh pelakon filem Kulit Wayang itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Dalam hantaran yang sama, Fattah turut meluahkan rasa bangga terhadap Fatima dan menyatakan kasih sayang yang tidak pernah berbelah bahagi sebagai seorang ayah.
“Apapun, sentiasa ingat yang daddy selalu bangga dengan awak. Selamanya akan begitu. Daddy sayang awak, Fatima,” kongsinya lagi.
Terdahulu, perhatian warganet tertumpu pada satu perkongsian oleh bekas isterinya, Fazura, apabila kelibat Fattah tidak kelihatan sewaktu acara sekolah anak mereka.
Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, namun rumah tangga mereka berakhir pada 7 Oktober tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini