Awal malam tadi, pelakon versatil, Jasmin Hamid ada berkongsi suatu entri berkenaan dengan kecurangan. Menerusi foto yang dimuat naik, Jasmin Hamid secara langsung memaklumkan bahawa perlakuan curang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, baik lelaki atau pun perempuan.
“Laki perempuan ni kalau bab curang sama jer. Tak payah nak tuduh sesiapa. Curang ni masalah hati, bukan gender.
“Sama jugak dengan setia. Setia itu milik jiwa. Bukan jantina,” kongsinya.
Malah menerusi ruangan kapsyen, bekas finalis Dewi Remaja ini turut mengakui apabila tiada rasa syukur dengan apa yang Dia jodohkan, ia akan mulai akan ada sikap curang.
“Bila di dalam hati tidak ada sifat bersyukur dengan apa yang Allah jodohkan buat kita, ia akan mula ada sikap CURANG.. Tak suka lepaskan saja.. Jangan CURANG dan siksa batin orang lain.
“Siapa pernah rasa di khianati kerana pasangan uols CURANG? Orang yang CURANG, akan mendapat KIFARAH.. Hebat Bukan?,” tulis Jasmin.
Bagaimanapun, pelakon berkenaan tidak memberikan butiran mengenai siapakah individu yang dimaksudkan terhadap entri berkenaan.
Mungkin ia hanyalah perkongsian mengenai kehidupan buat para pengikutnya di media sosial.
https://www.instagram.com/p/Bmf7EoolJnx/?hl=en&taken-by=jasminhamidjh
Foto: Instagram Jasmin Hamid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI