Semalam negara telah dikejutkan dengan pendedahan sebuah video memaparkan sikap tidak bertanggungjawab pekerja sebuah restoran popular di sekitar Bangsa mencuci pinggan dengan air lopak yang kotor.

Video yang berdurasi selama 29 saat itu menjadi perbualan hangat sejak ia dimuat naik. Kembang tekak dibuatnya!

Posted by Raajiv DeNario on Tuesday, 29 May 2018

Sedar dengan kesalahannya, pihak restoran Raj’s Banana Leaf telah memuat naik kenyataan di Facebook dan meminta maaf atas apa yang terjadi.

IKLAN

“Kami ingin memohon maaf berhubung kejadian pekerja baharu kami (mencuci pinggan menggunakan air lopak) di premis kami di Bangsar, baru-baru ini.

 

“Ini tidak pernah berlaku dan tidak sepatutnya berlaku.

 

“Kami memberi jaminan Raj’s Banana Leaf sentiasa lulus dalam pemeriksaan kesihatan yang diadakan secara berkala.

 

“Kami berasa kesal dengan tindakan kakitangan baharu kami dan menyedari perbuatan mereka tidak boleh diterima.”

Malah MH juga difahamkan, pekerja yang melakukan perbuatan jijik itu telah pun dikenakan tindakan agar kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.

IKLAN

Mengakui kesalahan, Raj’s Banana Leaf mengumumkan akan menyediakan juadah berbuka puasa percuma di cawangan Bangsar pada 31 Mei bermula 7.30 malam sehingga 9.30 malam.

Cuci Pinggan Guna Lopak Air, Raj’s Banana Leaf Minta Maaf & Diarah Tutup Serta Merta

IKLAN

Bagaimanapun terkini melalui laporan Harian Metro, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah tiba dengan kira-kira 10 orang pegawai dan difahamkan telah menyerahkan notis penutupan restoran terbabit.

Hanya seorang wakil pekerja yang hadir untuk membuka kedai bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan pemeriksaan.

Sementara itu, MH turut difahamkan melalui sebuah portal tempatan, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz berkata restoran itu akan ditutup bermula hari ini sehingga pihak mereka mematuhi segala peraturan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI