Seperti ramai yang tahu pelakon lelaki popular, Shukri Yahaya mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Aaira Ameena.

Aaira juga mempunyai akaun Instagram sendiri seperti kebanyakan anak selebriti yang lain. Jadi pada siapa yang mengikuti perkembangan Aaira pasti suka melihat kecomelan anak kecil ini.

Terbaru di akaun Instagram Aaira, ada sebuah video yang telah dikongsi untuk tatapan semua di mana ianya merakamkan reaksinya ketika pertama kali mendengar sebuah lagu klasik Rasa Sayang yang telah dikompilasikan dengan lagu-lagu klasik yang lain dalam sebuah buku.

Reaksi Aaira yang terus tersenyum lebar seperti mengerti maksud lagu tersebut sangat comel dan ianya telah menarik perhatian netizen.

IKLAN

Di ruang kapsyen tertulis,

“First impression bila dengar lagu Rasa Sayang from @mybababaa ! ? ahahahah why is your face like that.. why so kiyuttttttttt hahahaha eh dia ni #mybababaa #rasasayangsingandrecordfunbook,” tulisnya.

Rata-rata pengikut Aaira telah memuji kecomelannya di ruangan komen.

naylishaireen: Cutenya @aairaameena ..Lebar sgguh senyuman manis tu

IKLAN

shazreena01: Meena senyum awak tu manis sangatlah ??????

imshedanur@qaseh_manje: Kenapaaaaaaaa dia comeyyy gileeeees wei?

IKLAN

encik_aizz: Peh comel nyer~ dia kenyit mata yg buat jantung makin berdegup kencang tu?

Aaira telah dilahirkan pada 24 Ogos 2016 kira-kira jam 12.22 tengah hari. Mengikuti perkembangan Aaira sejak daripada lahir di Instagram, dia merupakan seorang bayi yang manis kerana mempunyai lesung pipit seperti bapanya dan wajah yang comel seperti ibunya. .

Semoga Aaira membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat ibu dan bapanya.

Sumber: Instagram Aaira Ameena

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI