Hiburan

Cira Sampai Sebak! Black Hadiahkan Mercedes-AMG GLC43 – “Tapi Hakikatnya, Tak Cukup Balas Kasih Sayang Isteri.”

Share

Penyanyi Black Hanifah membuat kejutan apabila menghadiahkan isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi, sebuah kereta mewah jenis Mercedes-AMG GLC43.

Ia sebagai tanda penghargaan atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang telah dicurahkan isteri tersayang sepanjang perkahwinan mereka.

Menurut Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah, pemberian tersebut lahir daripada rasa syukur, memiliki isteri yang sentiasa berada di sisi dalam apa jua keadaan.

“Kadang-kadang kita terlalu sibuk cari yang sempurna, sampai lupa hargai yang sentiasa ada di sisi.

“Hari ini aku hadiahkan sebuah kereta, tapi hakikatnya takkan pernah cukup membalas semua pengorbanan dan kasih sayang yang dia beri,” tulisnya di Instagram.

Malah video kejutan istimewa itu turut dikongsikan oleh penyanyi lagu Sofea Jane berkenaan menerusi satu hantaran menerusi platform sama juga kini mula jadi sorotan.

Tambah Black lagi, kereta tersebut sebenarnya sudah lama menjadi idaman isterinya yang turut mesra disapa sebagai Cira.

“Bukan sebab hari istimewa tapi sebab dia sendiri adalah istimewa.

“Hargailah orang yang kita sayang, bukan nanti bila dia tiada tapi sekarang, sewaktu dia masih tersenyum di hadapan mata,” luahnya lagi.

Netizen Tersentuh, Doakan Kebahagiaan

Sebelum mendedahkan kejutan sebenar, Black di dalam video tersebut terlebih dahulu membuat ulasan (riviu) kereta di sebuah pusat pameran.

Tanpa disangka, sesi tersebut rupa-rupanya adalah majlis penyerahan rasmi kereta mewah yang telah dibelinya lebih awal untuk isteri tercinta.

Tindakan romantis itu nyata menyentuh hati ramai netizen yang membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat dan doa agar pasangan ini terus kekal bahagia.

Malah ada warganet yang tersentuh, menitipkan komen yang positif buat pasangan berkenaan.

“Alhamdulillah, semoga rezeki kalian terus melimpah ruah.”

“Bahagia tengok suami yang hargai pengorbanan isteri. Susah nak cari zaman sekarang.”

“Saya bangga dengan awak Black. Bahagiakan isteri akan dimurahkan rezeki selalu. Respek.”

“Semoga Black dan isteri terus setia dan bahagia selalu.”

Untuk info, Black dan Naquia mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khaleef Dayyan dan Rindu Dayyana.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Black Hanifah

@mediahiburanofficial “Kadang-kadang kita terlalu sibuk cari yang sempurna, sampai lupa hargai yang sentiasa ada di sisi. “Hari ini aku hadiahkan sebuah kereta, tapi hakikatnya takkan pernah cukup membalas semua pengorbanan dan kasih sayang yang dia beri. “Bukan sebab hari istimewa, tapi sebab dia sendiri adalah istimewa. Hargailah orang yang kita sayang, bukan nanti bila dia tiada… tapi sekarang, sewaktu dia masih tersenyum di hadapan mata,” – Black Hanifah [IG; black.hanifah] #MHnews
#MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan
Published by
Aizam Manaf