
Spekulasi hubungan pempengaruh sensasi, Cik Epal dengan lelaki dikenali sebagai Ammar semakin bertiup kencang.
Malah, timbul dakwaan pasangan ini bakal menamatkan zaman solo tidak lama lagi selepas mereka dikatakan rancak membuat persiapan bagi meraikan majlis bahagia tersebut.
Namun dakwaan tersebut masih lagi menjadi tanda tanya sama ada ia sahih atau sebaliknya.
Terbaharu, muncul sebuah video yang dimuat naik memperlihatkan Cik Epal sedang memilih baju Melayu buat pembawa dulang hantaran lelaki sebelum disapa oleh Pengurus Pemasaran Jakel, Muzaffar Jakel.
“Asslamualaikum, apa khabar? Cik Epal ada dekat sini, bersama dengan Ammar.
“Betul ke ni? Astaghfirullahalazim, macam tak percaya. Berapa pasang baju dulang ‘boy’? Tujuh?
“Dah tahu dah… masuk dalam ‘group’ dah. Alhamdulillah,” kata Muzaffar.
Cik Epal bagaimanapun menjelaskan dia hanya tolong orang lain bagi membeli helaian tersebut.
“Untuk dulang boy memang warna biru, tapi bukan untuk saya. Saya hanya tolong-tolong saja,” jelas Cik Epal.
Muzaffar pada masa sama turut memaklumkan pihaknya sedang mengadakan jualan jumbo dengan harga RM59.
“Memang murah sangat ni kalau nak belikan untuk dulang ‘boy’ ni,” kata Cik Epal.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini