Selepas salah seorang anaknya, Cik B menjadi penghias muka hadapan majalah Remaja edisi terkini yang mendapat reaksi pelbagai netizen, ibunya yang juga usahawan selebriti, Datuk Seri Vida tampil memberikan reaksi.

Perkongsian tersebut khasnya dibuat buat sesetengah pengguna media sosial dipercayai mengkritik serta memberi kecaman terhadap penampilan Cik B atau nama lengkapnya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin itu.

Vida mendakwa anaknya Cik B berasa rendah diri dan tidak bersemangat. Malah, ada juga yang turut mempersoalkan warna kulit anaknya itu apabila menjual produk kosmetik.

“KECAMAN..CACIAN..MAKIAN..Yang Dilemparkan kepada Cik B @cikb_havoc66. Ramai yang Mengata cikB. Buatkan CikB rasa rendahh diri. Tak semangat. Suka sendiri.. Buat hal sendiri.

IKLAN

“Nak jual kosmetik orang kutuk. Orang persoalkan Warna kulit CikB. Tak putih pun.

“Cik B tahu kekurangan dia. Cuba buat something different. Jual @cikb_hq_salted_egg_salmon & @cikb_bobalova. Makanan Salmon skin salted egg PERTAMA DI MALAYSIA. SALMON CRUMBSO dengan Mozarella Cheese & Boba Lova,” tulisnya di Instagram sambil memberikan kredit.

IKLAN

Terdahulu, Cik B mengejutkan ramai apabila tampil bergaya dan berbeza dari penampilan hariannya apabila menjadi penghias muka depan majalah berkenaan.

IKLAN

Turut sama menjadi penghias muka depan isu sama ialah Naim Danial dan bintang media sosial, Nur Aisyah Mohd Razip atau sinonim disapa Cupcake Aisyah.

View this post on Instagram

😂🙏🏻💖

A post shared by ᴄɪᴋʙ ʜᴀᴠᴏᴄ®🥭 (@cikb_havoc66) on

Foto: Instagram Cik B

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI