Select Page
‘Preggy Mommy’ Linda Onn, Ozlynn Wati dan Sariyanti Kebetulan Buat Pemeriksaan Kandungan di Lokasi Sama!

‘Preggy Mommy’ Linda Onn, Ozlynn Wati dan Sariyanti Kebetulan Buat Pemeriksaan Kandungan di Lokasi Sama!

Jika beberapa lalu aktres Fasha Sandha ada berkongsi mengenai berita kehamilan Sariyanti menerusi Instagram (IG) sehingga mencetuskan tular di media sosial, terbaru penyampai radio, Linda Onn turut berkongsi beberapa keping gambar yang pastinya menarik untuk dikongsi.
Apa yang menariknya, Linda yang kini turut sarat mengandung anak pertama secara kebetulan turut terserempak dengan seorang lagi rakan selebriti yang turut hamil, Ozlynn Wati. Situasi tersebut dirakam Linda lalu dimuat naik di IG.
“Boleh pula kita terjumpa kat sini. Sama-sama check up. Semoga semuanya dipermudahkan, ameen. Yong, yong dan yong,” tulisnya.
Perkongsi tersebut sehingga kini mendapat hampir 17,000 likes dan rata-rata para peminat mendoakan yang terbaik terhadap kandungan ketiga-tiga bintang berkenaan.

Terkini, suami Sariyanti, Jep Sepahtu menerusi Astro Gempak mengakui bakal bergelar bapa, tidak lama lagi.

“Benar, isteri saya sedang hamil. Doakan yang baik-baik ya, semoga urusan kami dipermudahkan. Kepada yang mendoakan, terima kasih banyak-banyak…Hanya ALLAH SWT yang membalasnya,” katanya ringkas.

Kami di MH turut mendoakan yang terbaik, semoga ibu dan bayi dalam kandungan sihat dan dipermudahkan proses bersalin nanti.
Foto: Instagram Linda Onn
Fobia Dengan Kes Susu Dutch Lady? Ini Step Paling Mudah Untuk Ketahui Produk Itu Sahih Atau Tidak!

Fobia Dengan Kes Susu Dutch Lady? Ini Step Paling Mudah Untuk Ketahui Produk Itu Sahih Atau Tidak!

Nampaknya isu tentang produk Dutch Lady Curious (900g) dengan nombor 1023C7WA hangat diperkatakan di media sosial.

Kononnya produk ini telah menimbulkan pelbagai keraguan terhadap kesahihan produk di kalangan ibu-ibu dan pengguna produk Dutch Lady apabila salah seorang pengguna mengadu anaknya sakit akibat pengambilan susu ini.

Sejurus menerima aduan, pihak Dutch Lady telah menjalankan siasatan termasuk menghubungi pelangan tersebut dan menjalankan semakan terperinci.

Selaras dengan prosedur syarikat, sampel produk telah diperoleh daripada pelanggan dan dihantar ke makmal dalaman dan juga pusat pengujian bebas yang diiktiraf untuk proses ujian.

Dalam masa yang sama, Dutch Lady juga telah bertemu dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan akan bekerjasama dengan rapat dalam usaha mengatasi perkara ini. Keputusan penuh akan diumumkan selepas proses siasatan diselesaikan.

“Bagi pihak Dutch Lady Malaysia, kami mengambil berat insiden seperti ini dan memberi jaminan kepada para pengguna bahawa kesihatan dan kesejahteraan mereka sentiasa menjadi keutamaan kami. Buat masa ini, penemuan awal daripada proses kawalan kualiti dalaman menunjukkan bahawa produk kami tidak mempunyai sebarang kekurangan dari segi kualiti dan susu kami selamat untuk diminum,” kata Tarang Gupta, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia.

Tambahnya lagi, penyebaran maklumat yang telah dibangkitkan berhubung pembungkusannya yang tersebar di media sosial sehingga menimbulkan ketakutan dikalangan pengguna juga tidak tepat. Sebaliknya ia telah disalah-anggap sebagai penunjuk produk palsu.

MH tahu, pasti ramai ibu bapa mula bimbang dan takut jika terbeli produk palsu. Jangan risau, untuk mengelakkan kekeliruan, pihak Dutch Lady juga telah mengajar MH bagaimana untuk mengetahui produk Dutch Lady sahih atau tidak.

Sebelum membeli, pastikan produk yang di pegang mempunyai 4 ciri seperti di bawah…

  • Kod kelompok yang bermula dengan nombor 100, 101, 102 dan 103
  • Tarikh luput yang berakhir dengan (R), (W1), (W2), dan (W3)
  • Variasi pembungkusan yang mepunyai perkataan “Calcium” dan “Kalsium”
  • Variasi pembungkusan yang menunjukkan logo FrieslandCampina bersama dan tanpa kotak putih

Sekirannya ada sebarang keraguan, orang ramai disarankan serta digalakkan untuk merujuk dahulu kepada pusat perkhdimatan pelanggan Dutch Lady untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut.

 

Dituduh Bomohkan Bekas Suami- Fatin Afeefa Tampil Beri Penjelasan

Dituduh Bomohkan Bekas Suami- Fatin Afeefa Tampil Beri Penjelasan

Semalam, MH ada melaporkan bahawa bekas suami aktress Fatin Afeefa iaitu Adam Shahz mendakwa dirinya telah disihir oleh pelakon tersebut.

Tidak cukup itu, Adam turut menuduh tujuan Fatin berbuat demikian adalah untuk menutup ‘kecurangan’ yang dilakukannya semasa masih bergelar isteri.

Tidak mahu orang ramai terus berspekulasi, Fatin tampil memberikan kenyataan kepada Mstar Online mengenai isu yang terpalit namanya itu.

“Bomoh itu apa? Saya tinggal di Subang tak kenal bomoh-bomoh ini. Lagi pula saya sibuk dengan kerja sekarang.

“Saya tidak pasti siapa yang dia tujukan dan mungkin anda kena tanya dia dahulu,” katanya.

Sementara itu, Adam mendakwa dia tidak takut sekiranya bekas isterinya itu akan mengambil tindakan mengenai ‘pendedahannya’ itu.

“Saya tidak takut kalau dia ambil tindakan kerana saya ada semua bahan bukti apa yang dilakukan selama ini. Salah satunya dalam gambar yang saya muat naik itu adalah bahan sihir yang saya jumpa dalam kereta.

“Dia sudah melampau dan kurang ajar kerana menuduh saya masih menganggu kehidupannya. Bagi saya itu tidak benar dan perkara itu telah mengaibkan saya dan keluarga,” katanya lagi.

MH harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik demi kebaikan kedua-dua belah pihak juga.

Sumber: Mstar Online

Iqram Dinzly Beri Respon Cubaan ‘Menceroboh’ Persembahan Altimet Semasa AJL

Iqram Dinzly Beri Respon Cubaan ‘Menceroboh’ Persembahan Altimet Semasa AJL

Pentas Anugerah Juara Lagu Ke-32 sudah pun melabuhkan tirainya Ahad lalu tapi sehingga kini masih lagi kedengaran cerita mengenainya.

Macam-macam ceritalah MH dengar daripada isu baju peserta, ‘menangis’, hinggalah cubaan ‘menceroboh’ persembahan pada malam berprestij itu.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Altimet menerusi laman Twitternya awal minggu ini. Bila baca ‘tweet’ penyanyi rap tersebut, baru tahu yang dia ini garang juga orangnya.

Dalam pada itu, ingatkan cerita habis di situ sahaja, namun Iqram rupanya turut membalas ‘tweet’ rapper tersebut.

 

Bagaimanapun di dalam ‘tweet’ tersebut, Iqram ada meminta maaf atas tindakan spontannya.

Bagi MH, mungkin Iqram boleh belajar daripada pengalaman ini supaya jangan suka-suka ‘join’ persembahan orang lain terutamanya apabila individu tersebut sedang bertanding.

Tak pasal-pasal dapat ‘buku lima’ bak kata Altimet pula.

Sumber: Twitter Altimet & Iqram Dinzly

Rumah Arwah Ibu Terlalu Besar Untuk Dihuni, Anak Sharifah Aini Jual Rumah Bernilai RM8 Juta?

Rumah Arwah Ibu Terlalu Besar Untuk Dihuni, Anak Sharifah Aini Jual Rumah Bernilai RM8 Juta?

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi terkenal, Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini yang memiliki kemerduan suara yang sangat memukau.

Baru-baru ini, menerusi satu sumber dikatakan rumah kepada penyanyi lagenda ini hendak dijual dengan nilai RM8 juta.

“YA… betul. Ini rumah Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan memang hendak dijual,” kata seorang individu yang tidak mahu dikenali kepada Harian Metro.

Kata individu tersebut, rumah itu mahu dijual oleh anak kepada arwah sendiri, Aliff Omar Ali kerana dikatakan terlalu besar untuk dihuni.

“Tiada sebab lain melainkan ia terlalu besar untuk dihuni, dan ia sudah diserahkan kepada ejen rumah (hartanah) untuk menjualnya,” katanya yang enggan dikenali.

Menurut sumber lagi yang pergi meninjau rumah arwah, tiada sebarang papan tanda untuk dijual dan cubaa untuk berjumpa dengan anak kepada arwah tidak berjaya.

Menurut individu yang tidak mahu dikenali itu, tuan rumah tersebut hanya akan memberi kerjasama kepada mereka yang berminat untuk membeli rumah itu sahaja.

“Maaf ya, kalau ditanya soal lain rasanya tuan rumah tidak berminat, tetapi untuk membeli rumah ini mungkin dia boleh memberi kerjasama,” katanya.

Tambah sumber lagi, terdahulu rumah berkenaan telah diiklankan di laman Facebook untuk dijual dengan harga RM8 juta dan pada iklan tersebut juga ada menyatakan bahawa rumah tersebut milik seorang penyanyi.

Sumber: Harian Metro

‘Semalam Me Mimpi Me Pregnant’ – Umie Aida Bersyukur Dapat Rasa Nikmat Mengandung Dalam Mimpi

‘Semalam Me Mimpi Me Pregnant’ – Umie Aida Bersyukur Dapat Rasa Nikmat Mengandung Dalam Mimpi

Setiap wanita yang bergelar isteri pasti ingin dikurniakan zuriat dan merasai sendiri setiap momen-momen dalam proses kehamilan.

MH pasti ramai yang sudah sedia maklum bahawa pelakon popular, Datin Umie Aida sudah lama juga berkahwin namun masih belum ada rezeki untuk hamil.

Baru-baru ini hati MH tersentuh setelah membaca luahan cerita tentang mimpi yang dilalui oleh Umie menerusi akaun Twitternya.

Menurut tweetnya, Umie menulis dia bermimpi sedang hamil dan dia seolah-olah dapat merasakan betapa nikmatnya mempunyai bayi di dalam perut.

Rata-rata peminat Umie telah memberikan komen postitf dan mendoakan artis pujaan mereka ini dikurniakan rezeki untuk hamil.

MH juga mendoakan agar Umie diberikan rezeki untuk hamil. Insya ALLAH suatu hari nanti pasti Umie dapat merasai proses kehamilan di dunia yang nyata bukan lagi mimpi.

Sumber: Twitter Umie Aida

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: