Select Page
Elfira Loy Muat Maik Gambar Bersama Seseorang, Cetus Tanda Tanya Ramai

Elfira Loy Muat Maik Gambar Bersama Seseorang, Cetus Tanda Tanya Ramai

Pelakon Elfira Loy telah memuat naik sekeping foto bersama seorang lelaki menerusi Instgramnya petang tadi.

Pelakon berusia 24 tahun itu telah memuat naik gambar tesebut beserta kaspyen,

“Buang kebencian , lahirlah kebahagiaan 

 

Nantikan lagu baru dari saya,” tulisnya

Buang kebencian , lahirlah kebahagiaan ✨

A post shared by ٢٤ | 🇲🇾 | Selfie is ma thangg (@elfiraloy) on

Gambar yang dimuat naik itu telah mendapat hampir 100,000 tanda suka dan telah menimbulkan tanda tanya netizen.

Gambar tersebut telah menjadi teka-teki netizen apabila Elfira bergambar bersama ‘si dia’ dengan berlatarbelangkan pantai seperti di luar negara.

Foto : Instagram Elfira Loy

[VIDEO] Leka Layan Video Archade, Ini Kata-Kata ‘Pedas’ Ozlynn Buat Johan!

[VIDEO] Leka Layan Video Archade, Ini Kata-Kata ‘Pedas’ Ozlynn Buat Johan!

Pelawak Johan mencuri perhatian apabila leka bermain mesin video Arcade sambil memangku bayinya berusia 7 bulan yang sedang tidur dipangkuannya.

Lalu, isterinya Ozlynn telah berkongsi video tersebut di akaun Instagram.

“Kau tak rasa berdosa ke sayang? Buat anak macam ni?

 

Kau tahu tak tangan anak akuterkepit bawah ketiak kau ni,” sindir Ozlynn. 

Rata-rata netizen telah memberikan pandangan masing-masing dalam ruangan komen video tersebut.

Meskipun asyik bermain permainan video, namun Johan dianggap sebagai bapa yang penyanyang dan bertanggungjawab sebagai ketua keluarga .

Video : Instagram Ozlynn

19/8/2018 Bukan Tarikh Daiyan Trisha Berkahwin, Tetapi Hakikatnya…

19/8/2018 Bukan Tarikh Daiyan Trisha Berkahwin, Tetapi Hakikatnya…

Segala spekulasi mengenai gambar penyanyi, Daiyan Trisha mengenakan gaun putih yang dimuat naik di media sosial beberapa hari lalu akhirnya terjawab.

Gambar yang disertakan dengan kapsyen ’19/8/2018′ nyata mengejutkan ramai pihak yang menganggap Daiyan akan melansungkan perkahwinannya pada tarikh tersebut tetapi sebaliknya hanyalah gimik untuk ‘single’ terbarunya bertajuk ‘Langit’.

Lantaran itu, Daiyan telah memuat naik satu kenyataan di Twitter untuk menerangkan situasi tersebut.

Tambah Daiyan, dia berasa pelik dan terkejut dengan respon yang diterimanya serta menjelaskan dia langsung tiada perancangan untuk melansungkan pertunangan mahu pun perkahwinan dalam masa terdekat.

Daiyan turut mengakui berita tersebut telah mengelirukan banyak pihak terutamanya keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai.

Jelas Daiyan, dia amat berharap agar suatu hari nanti dia berpeluang untuk melansungkan perkahwinannya tetapi walau bagaimanapun sehingga kini Daiyan masih belum menjumpai lelaki yang benar-benar sudah menambat hatinya itu.

Apa-apa pun MH doakan agar Daiyan cepat-cepat dikurniakan jodoh kerana ramai peminat sudah tidak sabar lagi untuk menantikan hari bahagia penyanyi kesayangan mereka itu.

Good luck untuk single terbaru Daiyan berjudul ‘Langit’

Foto: Twitter Daiyan Trisha

“Agama Mana Kau Belajar Doakan Anak Orang Macam tu?”-  Soalan Pedas DS Shahida Pada Siapa?

“Agama Mana Kau Belajar Doakan Anak Orang Macam tu?”- Soalan Pedas DS Shahida Pada Siapa?

Isteri kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida Rashid meluahkan rasa kesal terhadap individu yang gemar menghantar masej peribadi berbaur negatif terutama mengenai anak-anaknya di Instagram.

Datin Shida memuat naik kenyataan tersebut sebagai amaran kepada sesetengah pihak supaya berhenti melibatkan diri serta anaknya sekiranya marah akan tindakkan orang di sekelilingnya.

“Hei netizen2 yg x ada akhlak dan adab yg korang dm2 komen2 negatif dekat page saya ni kenapa?sila komen di page yg betul lepas tu nak libatkan anak aku.

 

“Aku mmg dah malas nak berbudi bahasa dekat sini sbb korang pun tulis ayat yg kurang ajar benda yg x ada kaitan dgn aku.

 

“Minta tolong jgn org lain punya pasal orang lain yg kena. Lepas tu nak doakn anak aku jadi cmm si polan dan si polan. Agama mana kau belajar doakan anak org mcm tu?” tulisnya.

Tambah Datin Shahida, dia sudah malas untuk berbudi bahasa lagi kerana komen yang sering diterimanya adalah biadap malah, lansung tiada kaitan dengan dirinya.

Isteri jutawan kosmetik itu juga meminta para netizen untuk berhenti mendoakan perkara yang tidak elok kepada anaknya kerana tiada agama di dunia ini yang berkehendakkan sedemikian.

MH harap agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang kerana tiada ibu di dunia ini yang sanggup melihat anak-anak mereka dicaci maki oleh kerana kesilapan yang dilakukan oleh orang lain.

Foto: Instagram

[VIDEO] Belum Lancar Secara Rasmi, Lagu Trio DS Aliff Syukri, Sajat & Lucinta Dah Kena…

[VIDEO] Belum Lancar Secara Rasmi, Lagu Trio DS Aliff Syukri, Sajat & Lucinta Dah Kena…

Meskipun single terbaru daripada pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan Sajat yang turut menampilkan selebriti Indonesia, Lucinta Luna yang berjudul Bobo Di Mana belum dilancarkan secara rasmi, namun ia sudah pun mendapat reaksi pelbagai netizen.

Ada yang suka dan tidak kurang yang tidak berapa gemar dengan lagu berkenaan apatah lagi dengan sedutan tarian yang dipaparkan menerusi teaser lagu tersebut.

Sehari lalu, figura yang sinonim dengan jenama Abang Kosmetik itu ada memuat naik lip sync ketika mereka terhadap lagu tersebut, lengkap dengan tarian yang cukup ‘mengundang’ di Instagram.

Lalu seperti biasa, ia menerima pelbagai pandangan netizen. Ada yang terasa malu dengan beberapa aksi yang dilakukan mereka, terutamanya daripada Sajat dan Lucinta.

Ini dia sedutan video berkenaan. What say you?? Tapi dalam ramai cemuh tu, video tersebut sudah pun ditonton hampir 700,000 kali ok!

Foto/video: Instagram Aliff Syukri.

“Nak Kata Saya Sombong, I don’t Mind,” – Akui Tidak Perasan, Ismail Izzani Jawab Tuduhan Acah Kekwat

“Nak Kata Saya Sombong, I don’t Mind,” – Akui Tidak Perasan, Ismail Izzani Jawab Tuduhan Acah Kekwat

Selepas dikecam gara-gara dikatakan bersikap sombong ketika diajak bergambar oleh seorang jurufoto bebas, penyanyi Ismail Izzani tampil memberi kenyataan untuk mempertahankan diri.

Katanya, dia langsung tidak menyedari pelawaan jurufoto tersebut yang ingin mengambil gambarnya di Kuala Lumpur Feshion Week 2018 (KLFW) baru-baru ini.

“Sorry bro tak perasan  till next time kalau sudi lagi.

 

“If nak kata saya sombong I don’t mind  I know myself better and I won’t do that  anyway.

 

“Have a nice day ahead , keep up the good work ur doing great!” tulisnya.

Tambah Ismail, dia tidak kisah sekiranya ada yang ingin menggelarnya sebagai sombong kerana dia lebih mengetahui tentang dirinya sendiri berbanding orang lain.

Bagi MH, mungkin benar apa yang dikatakan Ismail itu kerana maklum sahajalah di acara sebesar KLFW 2018 itu akan dihadiri oleh ribuan orang dan ada kalanya kita akan terlepas pandang.

Foto: Twitter & Carian Google

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: