
Penyanyi rap popular, Cardi B, 33, selamat melahirkan bayi lelaki pertamanya bersama atlet NFL, Stefon Diggs.
Menurut sumber, khabar itu disahkan wakil penyanyi berkenaan yang memaklumkan keadaan Cardi B kini stabil dan berada dalam keadaan baik selepas melalui proses kelahiran dengan lancar.
Stefon, 31, sebelum ini turut berkongsi rasa teruja apabila mengetahui mereka bakal menimang anak lelaki, sambil berseloroh bahawa dia tidak sabar menantikan momen melihat anaknya buat push-ups, sit-ups dan berlari ke sana sini seperti seorang atlet.
Cardi B, yang baru tampil dengan projek baharu dalam kerjaya muziknya, turut berkongsi bahawa tahun ini menjadi antara fasa terpenting dalam hidupnya.
Selain kembali aktif dengan album dan perancangan tour, kehadiran bayi ini dianggap sebagai “sebab tambahan untuk menjadi versi terbaik diri sendiri”.
Cardi B sebelum ini menjelaskan bahawa dia memilih untuk mengumumkan kehamilan mengikut masa sendiri, dengan mengutamakan kesihatan bayi dan ruang privasinya sebagai seorang ibu.
Beliau yang sebelum ini sudah mempunyai tiga anak hasil perkahwinannya dengan Offset itu kini memasuki fasa baharu dalam kehidupan peribadi. Beliau dan Stefon mula dikaitkan sejak penghujung 2024 sebelum tampil bersama secara terbuka beberapa bulan selepas itu.
Sekadar info. Cardi B dan Offset berkahwin sejak 2017, namun mereka sudah hidup berasingan secara sah. Menurut sumber
, mereka masih belum menoktahkan perhubungan disebabkan kewangan walaupun sudah memfailkan perceraian sejak tahun lalu.++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan