Hiburan

Busking Face Off Uji Kreativiti & Persefahaman, Bintang Raise The Star Tawan Bukit Bintang!

Share

Bagi meredakan tekanan menjelang saingan kemuncak beberapa minggu lagi, para peserta Raise The Star Malaysia (RTSM) tampil menghiburkan peminat menerusi sesi Busking Face Off Challenge yang berlangsung di lokasi tumpuan pelancong, Bukit Bintang, Jumaat lalu.

Semua peserta dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu Team On Fire dan Team On Beat, yang masing-masing berentap mempersembahkan lagu secara medley dengan iringan daripada kumpulan pemuzik jalanan terkenal, Genji Buskers.

Team On Fire diketuai oleh Pasha bersama ahli kumpulan Max Brandon, Aliff Amie, Melinda Dadew, Hariz Fayahet, Keka dan Scha Nuril.

Manakala Team On Beat diketuai oleh Aril Eles dan dianggotai oleh Zuana, Darling, Didie Shazy, Zury, Rayme dan Sharew Lopes.

Cabaran ini bukan sahaja menjadi medan hiburan kepada peminat, malah turut menguji kreativiti dan persefahamanantara peserta, menjadikannya momen yang cukup bermakna buat semua.

Semangat Penonton & Sokongan Padu!

Melihat sambutan baik yang diterima, salah seorang pesertanya, Zuana meluahkan keterujaannya kerana buat pertama kali berpeluang membuat persembahan di Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Ini adalah pertama kali saya sampai ke Bukit Bintang. Saya tak pernah menjejakkan kaki di Kuala Lumpur.

“Sejujurnya saya agak gemuruh juga kerana kita kena berlawan dengan kumpulan lain. Pada masa sama, saya sangat teruja.

“Paling mencabar, bila kena berlawan dengan kawan-kawan yang hebat Sambutan penonton juga sangat meriah lebih-lebih lagi dengan kehadiran fans club kami,” katanya.

Bagi Hariz Fayahet pula, suasana malam itu cukup menyentuh perasaan kerana menerima sokongan tanpa jemu daripada para peminat.

“Baru saya tahu busking di Bukit Bintang ini seronok rupanya. Terima kasih kepada para peminat yang menunjukkan sokongan kepada kami malam ini.

“Ramai di antara mereka yang baru balik kerja tapi tetap datang dan tunjukkan sokongan. Tanpa peminat dan penonton, Raise The Star tidak akan jadi sehebat ini.”

“Alhamdulillah, kami sudah giat berlatih dengan segalanya berjalan lancar,” katanya.

Sesi berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran dua juri Raise The Star Malaysia, Shila Amzah dan Aina Abdul, yang turut hadir memberikan sokongan kepada para peserta.

Menurut Shila, kehadiran mereka bukan sekadar menyokong peserta semata-mata, tetapi juga sebagai tanda penghormatan kepada semua seniman tanah air termasuk penyanyi jalanan dan penghibur media sosial.

Lebih istimewa, Shila dan Aina turut membuat persembahan khas bersama Genji Buskers, menambah aura dan semangat kepada keseluruhan acara.

RSTM bersiaran setiap Ahad, 9 malam, di Astro Ria serta boleh distrim melalui pakej Astro One bermula RM49.99/sebulan atau aplikasi sooka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Published by
Aizam Manaf