
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66 tahun.
Allahyarham Bung Moktar menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat, 5 Disember 2025, jam 1.46 pagi ketika menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu selepas kesihatannya merosot.
Berita kematiannya itu itu disahkan oleh anaknya, Naim Moktar, menerusi satu kenyataan ringkas yang dimuat naik di media sosial.
“Assalamualaikum. Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kami, Moktar bin Radin, telah menghembuskan nafas terakhir pada 05 Disember 2026, jam 1.46 pagi (14 Jamadilakhir 1447H).
“Mohon semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah,” katanya.
Allahyarham sebelum ini merupakan antara figura politik paling menonjol dari Sabah, pernah menyandang jawatan Ahli Parlimen Kinabatangan selama enam penggal selain terlibat dalam pelbagai peranan penting dalam UMNO negeri.
Sumbangan beliau dalam arena politik tanah air, khususnya di kawasan pedalaman Sabah, menjadikan beliau antara tokoh yang dihormati oleh masyarakat setempat.
Sekadar info, enam hari sebelum kematiannya, Allahyarham berjaya mempertahankan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam Pilihan Raya Negeri Sabah 2025.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Sabah selepas urusan diselesaikan.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan