Ads

“Bukan Skim Cepat Kaya Atau Skim Pelaburan,”- DSV Tagih Kepercayaan Orang Ramai Pada Lavida Coin

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida menjelaskan bahawa Lavida Coin (LVC) bukanlah sebuah skim cepat kaya atau skim pelaburan seperti yang diperkatakan segelintir pihak.

DS Vida menerusi satu kenyataan media memberitahu, LVC merupakan salah satu urusniaga matawang krypto yang diwujudkan berdasarkan pengalamanya yang mendapat pulangan yang baik menerusi urusniaga berkenaan.

“Saya komited memastikan LVC ini mematuhi segala peruntukkan yang digariskan oleh pihak berkuasa dan diurus berdasarkan tadbir urus yang baik bagi memastikan ketelusan.

 

“Pihak LVC akan mengambil tindakan wajar dan drastik dengan mengadakan perbincangan dengan pihak SC dan BNM minggu hadapan sebagaimana yang diperlukan bagi memastikan urusniaga LVC menepati kehendak pihak berkuasa dan kepentingan mereka yang terlibat dilindungi,” jelasnya.

Sehubungan itu, Datuk Seri Vida juga meminta supaya mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang kenyataan yang mendahului pihak berkuasa mengenai LVC.

Ads

Terdahulu, Bank Negara Malaysia telah menyenaraikan pengendali terbitan mata wang kripto Lavida Coin, Profit Galaxy (DSV Cryptoclub & LUX Galaxies) dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan bank pusat itu.

Ads

“Bukan Skim Cepat Kaya Atau Skim Pelaburan,”- DSV Tagih Kepercayaan Orang Ramai Pada Lavida Coin

Ads

Foto: Instagram

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Meerqeen Menang Anugerah Utama Gempak Most Wanted Awards 2025, Alpha Cemerlang...

Pelakon popular, Meerqeen mencipta sensasi apabila dinobatkan sebagai pemenang utama di Gempak Most Wanted Awards (GMWA2025), malam tadi.
error: Hello. Cannot.