Atlet papan selaju negara, Fatin Shahirah baru-baru ini mengambil keputusan untuk padam semua gambar di Instagramnya selepas dikecam gara-gara aksi hambar di Sukan Asia 2018.

Dalam pada itu, ramai juga individu tampil mempertahan atlet berusia 16 tahun itu termasuklah penyanyi, Yuna dan lagenda papan selaju dunia, Tony Hawk.

Penyanyi Gadis Semasa dan Terukir Di Bintang itu berkongsi surat terbuka kepada bintang sukan muda itu dan dia meminta supaya terus kuat dan jangan mengalah.

IKLAN

Tambah Yuna, tidak ada apa yang lebih membanggakan daripada melihat seorang anak gadis berusia 16 tahun mewakili negara  di acara sukan terbesar Asia itu.

Sementara itu, lagenda Skateboarding dunia, Tony Hawk pula menyatakan sokongan terhadap atlet tersebut.

IKLAN

Bukan Setakat Yuna, Tony Hawk Pun Sokong Padu Atlet ‘Skateboarding’ Kita!

“Don’t give up! If i had listened to the haters throughout my life, I would have stop skating way too soon. They are simply projecting their insecurities on you because they wish they had the courage to follow their dreams. You can be an inspiration to a new generation of Malaysia skaters,” tulisnya.

IKLAN

Jelas Tony, sekiranya dia memikirkan apa yang dikatakan oleh para ‘haters’, mungkin sudah lama dia akan berhenti daripada dunia papan selaju.

Jangan risau Fatin, satu dunia ada di belakang menyokong anda. Chin up, don’t give up.

Foto: Twitter

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI