Setelah sembilan bulan bahtera perkahwinan berakhir, penyanyi senior Datuk Aishah akui kini lebih selesa hidup bersendirian dalam menjalani kehidupan solo di samping anak tersayang.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Janji Manismu ini lebih selesa untuk tidak mengulas lanjut soal ketentuan jodoh dan rumah tangga kepada umum.
“Buat masa ini, saya lebih selesa hidup bersendirian tapi kita tak tahu soal fasal ajal maut dan jodoh ni.
“Kalau ikut kata hati saya sekarang lagi senang hidup solo macam ini. Saya nak makan ke, bangun pukul berapa, nak masak ke tidak tiada siapa nak tegur.
“Tapi kalau tiba-tiba bertemu cinta misalnya, kita tidak tahu akan datang jadi macam mana kan. Jadi, saya tidak berani nak cakap fasal benda tu,” katanya.
Dalam pada itu, Aishah turut berkongsi cerita perihal hubungannya bersama bekas suami.
“Hubungan tu kalau dah bercerai tu memang putus habis lah. Bukan semua orang boleh jadi macam Abby Abadi dengan Norman.
Ads
“Macam sekarang, masing-masing pun sudah senyap dan tiada lagi pergaduhan antara kami berdua.
“Kita bila dah umur tua macam ni, tak baik lah nak bergaduh dan sebagainya. Biarlah, kalau dah tak ada jodoh tu tak ada lah,” ujarnya lagi.
Imbas kembali, Aishah mengesahkan perkahwinan kali keempatnya itu telah berakhir sekitar bulan Disember lalu.
Aishah mempunyai dua cahaya mata iaitu Armand Azhari, 29 hasil dari perkahwinan pertama dan Azhad Ahlami, 23 dari perkahwinan keduanya.
Ads
Penyanyi berusia 57 tahun ini berkata demikian ketika ditemui sidang media pelancaran lagu single terbaharunya yang berjudul Ketentuan Takdir, pada Selasa.
Di samping menzahirkan kegembiraan setelah 20 tahun tidak muncul dengan lagu single terbaharu, Aishah menjelaskan lagu Ketentuan Takdir ini sememangnya sangat dekat dengan situasi dirinya.
“Sesebuah lagu itu kalau kita nak nyanyi mesti kena ada jalan ceritanya yang boleh kita kaitkan dengan diri kita.
“Lirik lagu ini telah ditulis oleh Datuk Habsah Hassan dan sememangnya dia dah banyak tulis lirik untuk lagu-lagu saya misalnya Kemaafan Dendam Yang Terindah, dan kemudian Cinta Beralih Arah.
Ads
“Selepas 20 tahun, dia tulis pula lirik lagu Ketentuan Takdir ini dan boleh saya kata semua lagu yang dia tulis untuk saya selalu datang pada waktu yang sangat tepat.
“Jadi saya tidak nafikan lah masa lagu ini dihasilkan kehidupan saya tengah bergolak dan sebagainya yang sememangnya boleh dikaitkan dengan hidup saya,” katanya jujur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Aishah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Ismail Izzani, 22, akhirnya membuka mulut selepas mencetuskan kontroversi apabila video memaparkan aksi seorang lelaki mirip wajahnya sedang berciuman dengan wanita di sebuah kelab hiburan tular, baru-baru ini.
Membuat kenyataan menerusi hantaran di IG Story, Ismail menjelaskan bahawa dia tidak kisah mengenai apa yang orang ramai hendak bercakap mengenai dirinya.
“Biarkan saya. Selagi saya menjadi diri sendiri dan keluarga saya tahu apa seterusnya, itu sudah memadai.
“Katalah apa yang anda mahu kata. Saya terus kekal di landasan saya, sayangi tenaga anda. Semoga hari anda baik-baik sahaja,” tulisnya dalam Bahasa Inggeris.
Dalam hantaran terbaharu juga, Ismail turut memuat naik gambar memegang pasport.
Petang tadi, media melaporkan penyanyi lagu Sabar itu tidak berjaya menemubualnya bagi mendapatkan penjelasannya susulan kontroversi yang terpalit.
Penyanyi itu juga dimaklumkan oleh pihak pengurusan, terus pulang selepas selesai membuat persembahan lagu Habis Sini bersama Naim Daniel di Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 (SFMM37) yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada Sabtu.
Terdahulu, video kontroversi yang berdurasi tujuh saat itu menyaksikan lelaki bermiripnys, dipercayai dalam keadaan mabuk merangkul wanita sambil mengucup pada bahagian pipi dan leher.
Lelaki terbabit juga sempat memandang ke arah kamera merakamkan wajahnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktres Fasha Sandha menyatakan rasa teruja apabila berpeluang bertemu sahabatnya yang juga pelakon terkenal Nur Fazura, ketika menghadiri majlis sambutan hari lahir anak pengarah Along Kamaludin, pada Ahad.
Menerusi pertemuan tersebut, Fasha dilihat memeluk erat Fazura sambil menitipkan kata-kata semangat.
Menurut Fasha, Fazura diakuinya sebagai seorang wanita dan ibu yang hebat serta cekal dalam menghadapi pelbagai ujian hidup.
Program komedi, Sepahtu Reunion Live ditanggungkan berikutan langkah keselamatan serta pencegahan bagi mengekang penularan Coronavirus 2019 (COVID-19) yang kini melanda seluruh dunia, termasuk di negara ini.
Perkara itu dikongsikan anggota kumpulan berkenaan, Jep Sepahtu di Instagramnya.
“Kami ingin beritahu berita yang mendukacitakan apabila kami diberitahu pihak Astro telah memutuskan untuk menunda siaran langsung program Sepahtu Reunion Live pada hari Jumaat ini dan Sepahtu Reunion Al-Puasa pada hari Ahad ini.
“Perkara ini berikutan langkah berjaya-jaga pihak Astro untuk memastikan keselamatan dan kesihatan semua pihak,” kata Jep.
Sementara itu, Shuib turut memaklumkan bahawa mereka akan sentiasa mengemaskini akaun Instagram rasmi, @Sepahtu Reunion Live Official.
“Jangan risau, kami akan sentiasa ‘update’ dari masa ke masa mengenai program Sepahtu Reunion Live
“Sama-sama kita berdoa agar sentiasa dilindungi daripada virus COVID-19 dan keadaaan kembali pulih seperti biasa,” jelas Shuib.
Dalam perkembangan lain, Sepahtu Reunion Live 2019 Akhir turut tercalon bagi kategori Program MeleTOP dalam Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) yang berlangsung pada 12 April ini di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Terdahulu, pihak Astro turut memaklumkan bahawa program hiburan, MeleTOP yang bersiaran secara langsung pada Selasa lalu di Astro Ria dan Ria HD tidak mempunyai penonton sebagaimana lazimnya.
Video : Instagram Jep Sepahtu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea Selatan sekali lagi dikejutkan dengan pemergian tragis penyanyi wanita, Lee Min, yang juga merupakan anggota duo terkenal As One.
Lee Min atau...