Pelakon, Datuk Aaron Aziz menafikan dirinya ada terlibat dengan sendikit penipuan bitcoin seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.

Katanya, ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan namanya untuk memperdayakan orang ramai tentang penipuan tersebut.

Aaron telah membuat kenyataan tersebut menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.

IKLAN

“Assalamualaikum semua! I’ve got a lot of texts and emails recently on postings about bitcoins and how much I made money etc. PLS DONT fall for it. It’s a scam!

“I know nothing and am NOT involved in all these! Ni semua tipu okay! Hati-hati jangan mudah percaya apa yg anda semua baca di internet. Thank you” tulisnya.

Tambah Aaron, dia sendiri tindak tahu mengenai perkara tersebut selain turut meminta orang ramai supaya berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan taktik penipuan tersebut.

IKLAN

Di ruangan komen, rata-rata peminat terkejut selain turut berterima kasih kepada Aaron diatas maklumat yang diberikan itu.

“Buat Duit 3,679 Dollar Sehari,”- Aaron Aziz Tak Terlibat Dalam Penipuan Bitcoin

IKLAN

“Buat Duit 3,679 Dollar Sehari,”- Aaron Aziz Tak Terlibat Dalam Penipuan Bitcoin

Sebelum ini, banyak juga kes-kes penipuan seumpama ini yang melibatkan para selebriti seperti Nourul Wahab dan terbaru Micheal Ang.

Foto: Instagram Aaron Aziz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI