Menerusi laman Instagram Rozita Ibrahim, ibunda kepada penyanyi dan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi momen istimewa keluarga itu menerima kehadiran orang baru dalam keluarga.
Malah, dia turut mendedahkan nama yang diberikan kepada anak kelima pasangan popular itu.
“Slide tau “ sempat sy snap gambar baby senyum” mood Abah paling hapy dapat anak perempuan
“kami sedih muka Yusuf jelez dn tarik diri menyendiri dgn Raudah Arshiyah nama baby baru family kami
Ads
Subscribe bumi ratu chanell tkasih atas sokongan,” tulisnya.
Menerusi ruang komen, netizen memuji keindahan namamilik si comel.
Ads
Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy serta seorang anak angkat.
Foto : Instagram Rozita Ibrahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi yang kini bergelar pelakon, Khai Bahar mendedahkan dirinya positif dan tidak sedih apabila dua buah lagu nyanyiannya tidak berjaya lolos ke Anugerah Juala Lagu 34 (AJL34), tahun depan.
Malah kongsinya, dia mengambil pengalaman beraksi di pentas berskala besar sebagai satu penanda aras untuk memberikan yang lebih baik buat peminat.
Terdahulu, Satukan Rasa (duet bersama Siti Nordiana) dan 123 tidak berjaya mendapat tempat di kalangan 12 lagu yang bakal bersaing di AJL35 dan hanya terpilih ke peringkat semi final.
“Saya percaya kepada rezeki dan nampaknya tahun ini tiada rezeki untuk ke AJL. Yang pasti saya tidak akan putus asa dan akan cuba lagu untuk tahun hadapan.
“Ada hikmahNya dan saya positif sahaja. Tidak ada rasa kecewa atau sedih memandangkan lagu-lagu yang dipertandingkan pun baik dan saya tidak berjaya ke final bukan beerti tamat segalanya.
“InsyaAllah ada peluang dan ruang lain nanti, begitu juga dengan rakan artis lain yang turut tidak berjaya. Masing-masing sudah berikan yang terbaik.
“Malah rasanya 12 buah lagu yang terpilih memang layak dan saya tetap menyokong,” katanya kepada MH.
Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin turut menambah, sokongan dari peminat juga membuatkan dirinya rasa lebih bersemangat.
“Bila ramai yang memberikan reaksi ketika itu, ia secara tak langsung membuatkan saya lagi bersemangat.
“Mungkin sebelum ini kesilapan kecil saya ketika membuat persembahan di pentas sama sebelum ini, tetapi saya akan cuba perbaiki untuk menjadi lebih baik di masa akan datang.
“Apa-apa pun saya dah cuba yang terbaik, InsyaAllah saya kaji balik persembahan untuk perbaiki apa yang sepatutnya,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Khai turut melancarkan single terbaru berjudul Ratuku bagi mempromosikan bantuan dana perkhidmatan dialisis Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis.
Majlis pelancaran lagu dan muzik video lagu Ratuku dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Majlis tersebut telah berlangsung di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur pada Rabu.
Meski pihak lelaki, Fikry Ibrahim telah menafikan isu merisik penyanyi Siti Nordiana, namun masih ada cakap-cakap belakang sehinggakan empunya diri tampil membuat kenyataan.
Jelas Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, dia meminta agar cerita tersebut dihentikan kerana tidak mahu pihak lain turut terkena tempiasnya.
Katanya kepada MH, dia sendiri ada menghubungi Fikry secara peribadi bertanyakan hal tersebut.
“Saya memang pelik dan tidak tahu daripada mana datangnya cerita saya dirisik Fikry Ibrahim. Semuanya tidak betul.
“Saya harap gosip ini dihentikan. Kasihan kepada mereka yang terkena tempiasnya.
“Kami tiada apa-apa hubungan. Saya juga ada hubunginya secara peribadi dan bertanyakan perkara ini. Bila dia datang merisik? Saya boleh pastikan di sini bahawa tiada sesiapa yang datang merisik.
“Hubungan kami seperti biasa. Kami selalu berbalas mesej untuk bertanya khabar. Lagipun dia merupakan kenalan semata,” katanya.
Nana terdahulu ditemui pada majlis pelancaran Mis Claire X Siti Nordiana di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Fikry dan Nana mula berkawan rapat semenjak pasangan ini digandingkan bersama menerusi program Gema Gegar Vaganza dan drama Cakelat Semanis Honey pada 2017.
Dalam perkembangan lain, Siti Nordiana bekerjasama untuk mendedikasikan koleksi pilihannya dari Mis Claire khas untuk wanita plus size di Malaysia.
Koleksi ini boleh didapati menerusi laman sesawang Mis Claire, butik ataupun di Robinson Kuala Lumpur dengan harga bermula dari RM82.00 sehingga RM120.00.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...