
Baru-baru ini, penyanyi Shiha Zikir menganjurkan kelas pengajian agama di pejabatnya, Shiha Zikir Empire.
Menurut Shiha, meskipun usia semakin meningkat, tidak pernah ada istilah terlambat untuk seseorang mendekatkan diri dengan agama.
“Ilmu tidak mengenal usia. Jangan pernah berhenti belajar,” tulisnya ringkas.
Namun, hantaran tersebut mencetuskan kritikan daripada seorang individu yang mempersoalkan mengapa Shiha hanya mengenakan hijab ketika mengikuti kelas agama dan bukannya dalam kehidupan seharian.
“Boleh tahan bengap awak ni. Gambar profile tak tutup aurat. Dalam gambar ini tutup aurat pula,” tulis individu berkenaan.
Shiha membalas komen itu dengan menyifatkan tindakan individu terbabit sebagai tidak beradab.
“Boleh nak tegur tapi macam ini ke cara yang betul. Harap tak koyaklah kalau orang lain bengapkan awak pula,” kongsinya.
Penyanyi lagu Renjana itu turut menegaskan, dia tidak menolak teguran, namun cara menyampaikan pandangan seharusnya menggunakan adab dan bahasa yang baik.
“Saya tidak cakap yang diri saya tidak boleh ditegur tapi saya tegur fasal adab menegur dan bahasa yang dikeluarkan.
“Harap maklum dan faham. Doa sahaja yang baik-baik untuk semua orang,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan sokongan moral selain menasihati Shiha agar terus berusaha memperbaiki diri tanpa peduli kecaman.
“Yang berilmu tak semestinya beradab, kadang kita lupa adab lagi besar utama dari ilmu.
“Menegur dan berdakwah pun ada adabnya.
Disebabkan ada orang macam inilah buat orang takut nak berubah. Bukan harini berubah, mata dah mula cari salah orang. Support dan doa baik-baik.
“Teruskan sahaja Shiha. Abaikan orang macam ini. Kita tak perlu validasi apapun untuk orang yang tak kenal atau percaya kita.
“Point dia okay cuma cara sahaja yang agak kasar. Apapun, pasang azam untuk berubah. Slow-slow tak mengapa. Lagipun semua manusia berdosa kecuali nabi. Orang yang free hair sahaja pakai tudung dan mohon ampun selesailah dosa dia. Orang yang dah bertudung dan solat cukup jangan pula rasa awak lebih baik, rasa lebih baik tu pun dosa dah sebenarnya. Moga kita semua selamat di dunia dan selamat di akhirat.”
Bagaimanapun, Shiha akui setiap teguran itu ada benarnya dan dia akan berusaha memperbaiki diri selepas ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Thread Shiha Zikir