Sejak kebelakangan ini, MH lihat banyak drama melayu yang dikecam kerana ‘skrip cerita’ yang seakan tidak kena atau tidak nampak ‘real’ oleh netizen.
Baru-baru ini, kecoh sebuah drama yang memaparkan babak di mana seorang doktor sedang menerangkan kepada pesakitnya yang mempunyai masalah ‘hilang ingatan’ menggunakan x-ray.
Berikutan itu, seorang pengguna Twitter memuat naik babak tersebut dan memberikan pandangannya.
“Penat belajar 3 tahun + pengalaman kerja 2 tahun, baru hari ini aku tau yang x-ray boleh ‘check’ orang hilang ingatan,” luahnya kesal
Penat belajar 3tahun + pengalaman kerja 2tahun, baru hari ni aku tau yg xray boleh check org hilang ingatan. #dramamelayu #kesian pic.twitter.com/mkFCrhrFRC
— AJEERAH (@nuraqidahajeera) May 19, 2018
Perkongsiannya itu mendapat banyak respon daripada netizen. Malah ada juga netizen yang menyarankan agar individu tersebut menonton drama luar negara untuk hasil yang lebih memuaskan.
pergi je la tengok drama korea. siap ada side notes lagi istilah istilah surgery. lol. #nokpoppls
— imakhairy (@imaakhairy) May 21, 2018
Sbb tu ramai org layan kdrama skrg ni.bukan drama kosong semata-mata
— ainsyafawani (@ainsyfawni) May 22, 2018
This is the reason why i dont watch malay drama . If you watch korean drama and the cast were interacting using the medical terms , they will explain it in the layman language in the form of side notes
— Panda ?? (@ajidddddd) May 22, 2018
Sementara itu, seorang pakar perubatan, Dr Beni Rusani memberikan respon mengenai perkara tersebut.
“Jangan gelak, tak baik. Kurang pahala puasa. Okay serius, X-ray tak boleh mengesahkan seseorang mengalami hilang ingatan.
“Nak tengok tengkorak boleh lah, kalau nak ‘screen’ dementia pun kena pakai ‘mini mental state examination,” jelasnya.
Jangan gelak tak baik… kurang pala pose… ?. Ok serius. X-ray tak boleh mengesahkan someone has memory loss. Nak tengok retak tengkorak boleh ler. Kalau nak screen dementia pun kena pakai “mini mental state examination” https://t.co/5vKc1rssPF
— Dr Beni Rusani (@DrBeniRusani) May 21, 2018
Perjelasannya itu mendapat banyak sokongan peminat-peminat drama yang inginkan sebuah karya yang bagus dan bermanfaat kepada semua.
Sbb tu drama Melayu x sepopular drama negara lain. Negara lain director, scrip writer siap buat research, pelakon masuk kursus dulu sblum berlakon drama. Amik masa bertahun2. Baru real. Drama Melayu byk fantasi anak org kaya yg dipaksa kahwin/cinta kontrak, idea dicilok dr novel.
— Petite Girl N DaCity (@PetiteGirlnCity) May 21, 2018
Walaupun saya bukan jurusan purely in science nor medic and so on. Tapi in logically benda tu sebenarnya org boleh fikir dengan waras lah. Yes banyak sell akan mati selepas X-Ray tapi lawak sangat statement tu. Aiyaaaaaa Dr.. ohh Dr… #HilangIngatanKuPadamu ?
— Shahadat Nordin (@shahsmktam) May 21, 2018
Rilek ar xyah nak butt sgt ar
Dah nama pun drama , kalau otak jenis nak logik semata-2 tgk cerita lain , macam la korg tak pernah tgk marvel , jgn pulak nanti ada petisyen bantah marvel sebab manusia tak boleh ada kuasa sebab TAK LOGIK— #GoPescao (@ayem_JY) May 21, 2018
Pada MH, sekarang ini sudah pun memasuki tahun 2018, maka pemikiran rakyat pun harus seiring dengan perkembangan masa kini.
Kalau asyik disajikan dengan drama-drama sebegini, bagaimana minda nak berkembang kan? Bagaimanapun, ada juga orang yang meminati jenis drama santai sebegitu.
Apa-apapun, para pembikin drama lah yang seharusnya bijak membuat drama yang akan menarik minat penonton!
sumber: Twitter