Bagaimanapun, sumber melaporkan pihak polis negara itu masih menyiasat kes kejadian yang menimpa aktor yang terkenal menerusi drama Love With Flaws itu.
Melihat di ruangan komen Instagram Cha In Ha pula, sudah ada peminat meluahkan rasa sedih dengan berita kematian pelakon berusia 27 tahun ini.
Pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin menerusi Instagram beberapa hari lalu ada memaklumkan mengenai keberangkatannya ke kota Mekah bagi menunaikan umrah.
Turut sama menyertai rombongan ke tanah suci ialah isteri tercinta, Nurida Suraya serta beberapa rakan lain, termasuk Fattah Amin dan Fazura.
“Assalamualaikum wbt, InshaAllah sy dan isteri akan berangkat untuk mengerjakan umrah hari ini, kami mohon ampun dan maaf jika ada kesalahan kami pada semua.
”Doakan ibadah kami Di permudahkan disana InshaAllah. Jika ada doa yang nak dikirimkan, boleh nyatakan di comment. InshaAllah kami akan doakan nanti disana,” tulisnya.
Serentak dengan perkongsian itu, para peminat meninggalkan ribuan komen serta sampaikan doa, selain memohon agar urusan mereka dipermudahkan di tanah suci.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 13 September lalu di Kuala Lumpur.
Foto: Instagram Rizman Nordin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selesai membuat persembahan lakonan menerusi lagu Anak yang dipersembahkan peserta Gegar Vaganza musim keenam (GV6) iaitu One Nation Emcess (ONE), pelakon Fauziah Nawi dan cucunya, Thia nyata menjentik emosi penonton.
Fauziah atau mesra disapa Ibu Fauziah turut berbangga dengan Lia yang merupakan anak kepada Allahyarham Mohd Firdaus Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif di atas bakat lakonannya di pentas GV minggu kelapan, malam tadi.
“Bismillahirrahmanirrahiim. Sejak 26.10.19 hingga hari ini 2.12.19 mama tak pernah sehari pun tidak menghitong hari sejak buah hati mama Mohd Firdaus bin Hj Mihd Hanif belayar kepelabuhan jauh.
“Pitt I was with your ateh ateh little dragon Thia as actors for #GEGARVAGANZA. Thia did well for a first timer. She took the cue well. Remember her lines. She was well behaved. She slept in the car …OTW ..home. Your nyawa Mhia kept company. Thia all the best.
“I know you can do it…kept assuring her little sister. Pitt mama rasa seronok sbb yr nyawa nyawa well behaved. Thia was happy …so was Mhia..Dhia went out with her friends…Pitt rasa tak percaya mama harus menyebut Khususan Ila ruhii Almarhum Mohd Firdaus ketika mendoakan membaca Yasiin Al fateha buat buah hati mama,” kongsi Fauziah di Instagramnya.
Sekali gus, persembahan ONE dan lakonan Fauziah Nawi, Thia yang turut menampilkan pelakon, Ezzaty Abdullah mendapat pujian dari juri jemputan, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.
“So good dan beruntung dengan bantuan sketsa yang dipersembahkan, menambahkan lagi ekspresi yang diperlukan.
“Tak perlu tambah lagi, ia akan keluar secara natural. Saya merasakan walaupun penyanyi yang biasa rap, tapi malam ni saya rasa sampai suaranya,” katanya yang diundang sebagai juri jemputan.
Terdahulu, mayat Pitt ditemui lemas selepas bot dinaiki bersama rakan, terbalik dan terbelah dua ketika memancing di Sungai Jelai, Kampung Mela, Lipis, Pahang pada 26 Oktober lalu.
Malah, bot fiber yang dinaiki dikatakan merempuh tiang besi sebuah jambatan menyebabkan Pitt dan rakannya tercampak ke dalam sungai.
Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemui mayat Pitt 500 meter dari lokasinya terjatuh.
Jenazah Pitt dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU 2, Keramat dua hari kemudiannya.
Pitt yang juga anak sulung daripada dua beradik meninggalkan seorang isteri, Farah Ahmad dan tiga orang anak berusia di antara tujuh hingga 16 tahun.
Foto : Instagram Fauziah Nawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menjadikan platform media sosial sebagai satu medium perantaranya bersama pengikut, juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae bagaimanapun tetap mengawal ketat akaun Instagramnya.
Baginya, media sosial kini memberikan impak yang sangat hebat dalam diri setiap individu.
“Saya sangat menjaga akaun media sosial saya kerana ia merupakan perkara yang sangat penting dengan adanya teknologi sedemikian.
“Jika ada benda yang mungkin terlalu peribadi, saya tidak akan berkongsi di media sosial atau bersama kumpulan ‘closed friend’ sahaja,” katanya kepada MH.
Menjadikan kedua ibu bapanya sebagai idola, gadis berusia 24 tahun ini akui bahawa media sosial mempunyai banyak kesan negatif.
“Sosial media merupakan satu impak yang sangat besar pada masa kini walaupun dari sudut yang nampak ringan seperti ‘nak makan apa?’ atau muat naik gambar bersama kekasih.
“Nampak remeh, tetapi mungkin ada orang yang ‘memerhatikan’ setiap apa jua yang kita kongsikan di media sosial.
“Jadi,kena bijak dan berhati-hati sebelum berkongsi di media sosial,”kongsi anak kelahiran Kuala Lumpur ini.
Terdahulu, Shaza dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2019 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi.
Tempat kedua dimenangi Adriana Ghafar, 21, dari Johor, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 dan trofi.
Nynaa Harizal berada di tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 serta trofi.
Sementara itu, dua lagi peserta akhir iaitu Syamira Izzati dan Shatirah Amanda di tempat keempat dan kelima.
Masing-masing berjaya membawa pulang wang tunai RM1,000 dan trofi.
Selain lima peserta akhir, dua lagi peserta Top 12 iaitu Nina Amin dan Sharlina Gilbert masing-masing diumumkan sebagai pemenang anugerah Dewi Inspirasi dan Dewi Favourite.
Juri tetap program ini ialah Scha Al-Yahya dan Yusry Abdul Halim di samping dua juri jemputan iaitu Datuk Aznil Nawawi dan Dr Soo Wincci.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...