
Pelakon dan usahawan, Anzalna Nasir menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kes melibatkan pelajar sekolah yang semakin menakutkan akhir-akhir ini.
Menurutnya, para ibu bapa perlu memainkan peranan lebih proaktif dalam mendidik dan membentuk anak-anak, bukan hanya menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada pihak sekolah semata-mata.
“Bila makin banyak kes di sekolah yang tak terjangkau akal fikiran, itu sebenarnya jadi peringatan untuk kita sebagai ibu bapa.
“Walaupun kita kerja keras untuk masa depan anak-anak, tanggungjawab kita bukan setakat cari rezeki. Kita juga kena bimbing, ajar dan bentuk mereka jadi insan yang baik,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di Thread, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menegaskan, kesibukan bekerja tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.
“Luangkan masa, ambil tahu tentang hidup mereka, dan jangan harapkan orang lain buat semua tu untuk kita.
Semoga anak-anak kita membesar jadi anak yang soleh, solehah dan manusia yang berguna,” kongsinya lagi.
Risau Keselamatan Anak-Anak Di Sekolah
Dalam masa sama, Anzalna mengakui kes-kes jenayah di sekolah menimbulkan rasa bimbang terhadap keselamatan anak-anak masa kini.
Tambahnya, walaupun banyak doa dan nasihat dipanjatkan setiap hari, sebagai ibu, hatinya tetap tidak tenang apabila mendengar berita-berita sedemikian.
“Bila kes di sekolah makin meningkat, kita mula risau tentang keselamatan anak-anak. Soal keselamatan sekolah pun mula dipersoalkan salah siapa sebenarnya?
“Sebagai seorang ibu, bermacam nasihat dan doa diamalkan setiap hari. Selebihnya kita serahkan kepada Allah, tapi hati tetap tak tenang bila teringat macam-macam kes kebelakangan ini.
“Dulu waktu kita sekolah, ada juga kes tapi rasanya tak seteruk zaman sekarang. Betul tak?” ujarnya lagi.
Sekadar info, Anzalna dan suaminya, Hanif Zaki, mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees serta Mohamad Emirhan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Thread Anzalna
Powerbank ringan ni penyelamat bila phone tengah low — cepat cas, tak panas, senang dibawa ke mana saja. Harga pun mampu milik!
Powerbank ringan ni penyelamat bila phone tengah low — cepat cas, tak panas, senang dibawa ke mana saja. Harga pun mampu milik!