Categories: Berita Hiburan

“Bila Kahwin, Isteri Masak Sedap,”- Nazrief Nazri Berjaya Turun 23KG, Tanam Rambut & Buat Lasik Demi Kembali ke Layar

Share

Pelakon Nazrief Nazri sanggup menurunkan berat badan hampir 23 kilogram untuk kembali bergiat aktif di dalam dunia lakonan.

Menurut Nazrief, sepanjang tempoh lebih setahun itu, dia telah menjalani latihan intensif demi mendapatkan semula tubuh yang ideal.

“Saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 23 kilogram. Berat badan saya pernah mencecah 98 kilogram. Kini berat saya 77 kilogram.

“Saya memang ada ambil khidmat jurulatih, rancang pelan pemakanan, latihan angkat beban dan kardiovaskular.

“Saya ambil masa setahun lebih untuk menurunkan berat badan,” katanya kepada MH.

Jelas pelakon drama Seribu Tahun itu lagi, bidang kecergasan bukanlah asing kerana dia sudah aktif menjalani latihan di gimnasium sejak tamat persekolahan.

“Saya sebenarnya sudah lama aktif dalam bidang kecergasan. Ia bermula selepas tamat SPM lagi.

“Jadi, saya sebenarnya sudah tahu cara yang sihat untuk menurunkan berat badan.

“Bila sudah berkahwin, ada tanggungjawab dan isteri pula masak sedap, pelan penjagaan badan saya agak tersasar.

“Saya jadi jarang pergi ke gimnasium. Berat pun naik mendadak. Bila saya putuskan untuk kembali aktif dalam dunia seni, saya perlu terlihat kemas dan sedap dipandang.

“Bila sudah ada motivasi, saya jadi nekad untuk menurunkan berat badan. Bila guna cara sihat ini, ia memang mengambil masa dan usaha yang kuat,” kongsinya lagi.

Nazrief turut menegaskan dia memilih untuk melalui proses yang semula jadi tanpa jalan pintas.

“Bercakap soal jalan pintas, jika prosesnya sedang (berlaku), sebenarnya ada kesan yang tersembunyi.

“Memang ada prosedur jalan singkat yang terbukti keberkesanannya seperti bariatrik dan belon intragasteik.

“Namun, jika kita tidak mengikut gaya hidup yang disarankan, ia tidak akan menjadi.

“Jika kita pilih prosedur potong perut, kita tak dapat nak menikmati ‘hidup’ lagi. Jadi, saya tak nak cara seperti itu.

“Kalau masuk belon pula, kita memang akan kurus tapi jika ia dikeluarkan semula nanti, berat badan akan naik semula jika kita tak ikut gaya hidup yang telah disarankan.

“Sebab itu saya ambil masa setahun lebih untuk turunkan berat badan. Saya tak nak ia jadi secara drastik. Kemungkinan berat badan naik semula memang tinggi,” katanya lagi.

Persiapan Kembali Berlakon

Nazrief turut mendedahkan, dia telah menjalani beberapa prosedur lain sebagai persiapan untuk kembali aktif dalam dunia seni.

“Selain menurunkan berat badan, saya juga tanam rambut dan membuat pembedahan lasik sebaik sahaja selepas berlakon drama Seribu Tahun.

“Untuk tanam rambut, ia menelan kos sebanyak RM17,000 manakala lasik pula RM10,000.

“Saya juga berkolaborasi bersama mereka. Jadi, adalah diskaun sikit,” akhirinya.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
Aizam Manaf