Pengacara, Sherry Al Hadad mengakui berasa sedikit gementar apabila diberikan kepercayaan untuk mengacarakan program terbaru terbitan Astro, All Together Now Malaysia (ATNM) secara solo.

Jelas Sherry, ATNM ini sememangnya merupakan cabaran baru buat dirinya kerana sebelum ini dia sudah terbiasa untuk mengacarakan mana-mana program secara berpasangan.

“Masa mula-mula diberi tahu yang saya mengacarakan program ini secara berseorangan, mestilah saya rasa sedikit gugup kerana selama ini saya ada pasangan.

“Kalau sebelum ini saya tersilap, ada orang yang akan back up. Tapi kalau kali ini saya salah cakap, saya kena tanggung sendiri,” katanya kepada MH.

“Bila Juri Ada 50 Orang, Tuhan Saja Yang Tahu,” – Jadi Hos Seorang Diri, Sherry Al Hadad Gugup, Tapi… “Bila Juri Ada 50 Orang, Tuhan Saja Yang Tahu,” – Jadi Hos Seorang Diri, Sherry Al Hadad Gugup, Tapi…

Bagaimanapun, Sherry menyifatkan dirinya berasa amat lega selepas mengetahui tugasnya selaku hos akan turut dibantu oleh barisan juri yang diketuai oleh personaliti tv popular, Datuk AC Mizal.

IKLAN

“Cuma bila saya tahu tentang juri-juri yang ada terutamanya kapten juri, Datuk AC Mizal, secara tak langsung ia memberikan saya semangat untuk mengacarakan program ini.

“Kalau saya buat silap saya ada back up besar dekat atas pentas tu. Jujur saya kata, masa episod pertama bukan peserta je yang nervous saya juga ikut sama bila nampak 50 juri ada di hadapan saya.

“Tapi bila sekali mereka dah berikan ‘good vibes’, saya terus bersemangat walaupun shooting sampai lewat malam,” jelasnya lagi.

Sherry berkata sedemikian sewaktu ditemui di majlis sidang media program ATNM yang dijalankan secara virtual baru-baru ini.

IKLAN

“Bila Juri Ada 50 Orang, Tuhan Saja Yang Tahu,” – Jadi Hos Seorang Diri, Sherry Al Hadad Gugup, Tapi… “Bila Juri Ada 50 Orang, Tuhan Saja Yang Tahu,” – Jadi Hos Seorang Diri, Sherry Al Hadad Gugup, Tapi…

Dalam pada itu, pelakon drama, The Maid ini turut mengakui dia sememangnya memerlukan ‘energy’ yang lebih terutamanya untuk melayan karenah para juri.

“Sejujurnya memang susah nak kawal juri-juri ni. Tuhan sahaja yang tahu. Bila juri ada 50 orang, kesemua mereka ada pendapat masing-masing.

IKLAN

“Bayangkan saya ada di tingkat empat, kemudian ada pula juri nak bagi komen dekat tingkat satu. Microphone pun ada satu je, terpaksa saya berlari nak pergi ke tempat mereka.

“Ada kala saya terpaksa suruh mereka diam. Tapi juri-juri ni semua meriah. Paling susah nak control adalah Abang Joey.

“Saya lagi senang nak handle 49 orang juri lain berbanding dia seorang. Saya tak mampu,” selorohnya.

“Bila Juri Ada 50 Orang, Tuhan Saja Yang Tahu,” – Jadi Hos Seorang Diri, Sherry Al Hadad Gugup, Tapi…

Program ATNM akan berlangsung selama 10 minggu dan episod pertamanya akan ditayangkan bermula 6 Jun ini di saluran Astro Ria dan Ria HD pada jam 9 malam.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI