Pelakon Janna Nick ada memuat naik gambar di balik pembikinan drama terbaru lakonannya, Semerah Cinta Humairah yang mana menerusi wataknya, dia dilihat mengenakan tudung bawal yang sederhana, lalu berjaya ‘memancing’ mata ramai terhadap penyanyi lagu Akan Bercint ini.

Sehingga kini, foto tersebut sudah pun menerima lebih 200,000 likes dan pastinya, para selebriti pun tidak terkecuali mengusik Janna.

Antaranya ialah pelawak dan pengacara, Fikry Ibrahim. Komennya menerusi ruangan kapsyen, ialah ‘Mak, she’s the one. Apa yang menariknya, komen tersebut turut menerima ribuan tanda suka di kalangan netizen.

Bila Fikry Ibrahim Gurau Nak Kenalkan Janna Nick Pada Ibunya, Komen Balas Janna Buat Netizen Terhibur!

IKLAN

Malah tidak kurang yang terhibur dengan komen yang diberikan Fikry dan ada yang menjawab bintang tersebut jangan ‘mengorat’ Janna kerana Fikry adalah milik mereka!

Bila Fikry Ibrahim Gurau Nak Kenalkan Janna Nick Pada Ibunya, Komen Balas Janna Buat Netizen Terhibur!

Terpanggil untuk membalas, pelakon Dia itu dengan selamba menjawab;

IKLAN

“Tak mahu berebut…,” tulis Janna. 

Bila Fikry Ibrahim Gurau Nak Kenalkan Janna Nick Pada Ibunya, Komen Balas Janna Buat Netizen Terhibur!

Bila Fikry Ibrahim Gurau Nak Kenalkan Janna Nick Pada Ibunya, Komen Balas Janna Buat Netizen Terhibur!

IKLAN

Bagaimanapun, kami percaya bahawa komen di antara dua selebriti itu hanyalah sekadar gurauan semata-mata memandangkan mereka berada di bawah satu pengurusan sama. Bahkan Janna sebelum ini pun pernah memberitahu dia memang seorang yang suka bergurau, tidak mengira sesiapa pun.

Sebelum ini, media sosial pernah kecoh dengan komen berbaur cinta di antaranya dengan penyanyi, Sufian Suhaimi. Namun ujar Janna, komen tersebut hanyalah sekadar usikan sesama rakan.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI