
Setiap kali Ramadan tiba, kita pastinya akan sentiasa meletakkan harapan untuk melakukan yang terbaik, pelbagai perkara.
Tahun ini, portal makanan nombor satu di Malaysia, Rasa misalnya bersama Nu Ideaktiv, berusaha untuk mengatasi pencapaian mereka sebelum ini dan ia hanya dapat dicapai melalui kerjasama semua pihak.
“Pot of Hope” atau Harapan Dalam Rasa menjadi simbol kepada harapan setiap individu dalam Nu Ideaktiv untuk terus memperbaiki diri dan memberikan yang terbaik.
Apabila semua harapan ini digabungkan, ia membentuk satu kekuatan besar yang menggerakkan pasukan ke arah kejayaan.
Melalui semangat kebersamaan dan kerjasama, Nu Ideaktiv dan Rasa berjaya mencapai pengagihan bubur lambuk terbanyak sebanyak 16,000 pek, sekali gus mencipta rekod dalam Malaysian Book of Records!
Kisah ini membuktikan bahawa sesuatu yang biasa mampu menjadi luar biasa apabila dilakukan secara bersama.
Momen istimewa ini diabadikan menerusi iklan raya yang cukup besar maknanya.
Ia membawa mesej yang jelas iaitu apabila kita bersatu dan bekerjasama, kita mampu mencapai sesuatu yang lebih besar, lebih bermakna, dan penuh harapan kerana “bila bersama, lagi jadi.”
Terdahulu pada 14 Mac lalu, Nu Ideaktiv Sdn Bhd secara rasmi dinobatkan sebagai pemegang Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori “Pengagihan Bubur Lambuk Terbanyak oleh Anggota Beruniform.”
Pengiktirafan berprestij ini dicapai menerusi penganjuran RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026, sebuah inisiatif komuniti berskala besar yang menyaksikan penyediaan serta pengagihan 16,000 mangkuk bubur lambuk kepada masyarakat sekitar Kuala Lumpur.
Sijil rasmi Malaysia Book of Records tersebut disampaikan dalam satu majlis khas di Dataran Merdeka kepada Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, bersama Editor Pengurusan RASA, Puan Emma Masri, yang mewakili pasukan di sebalik kejayaan bersejarah ini.
Pencapaian ini bukan sahaja mengiktiraf skala program yang luar biasa, malah menjadi bukti bagaimana sebuah jenama gaya hidup tempatan mampu mengangkat tradisi kulinari rakyat Malaysia menjadi sebuah pencapaian nasional yang membanggakan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini