
Mendakwa dirinya pernah diperlekehkan oleh pelakon dengan initial nama ‘J’ sewaktu awal pembabitan di dalam dunia seni, aktres, Zara Zya menafikan dakwaan bahawa individu yang dimaksudkannya itu ialah Janna Nick.
Menurut Zara, sangkaan netizen tidak benar dan jelasnya, dia sudah memulakan kerjaya sebagai anak seni lebih awal berbanding Janna.
“Tidak, ‘J’ bukan Janna. Dia pun mula berlakon selepas saya dan lebih baru dalam industri ketika itu.
“Janna seorang pelakon yang bagus, kami tiada masalah dan masih berkawan.
“Individu ’J’ itu, biarlah yang tahu saja tahu,” katanya kepada kepada MH.
Pelakon drama Sumpah Ibuku itu berkata sedemikian ketika ditemui di rakaman program Melodi Raya 2026, baru-baru ini.
Dalam masa sama, Zara turut berharap perkongsiannya mengenai pengalaman dipandang rendah oleh pelakon senior dapat dijadikan iktibar kepada anak seni lain di luar sana.
“Ketika kejadian tersebut berlaku, ada orang nak bergambar dengan dia, saya pula berada tidak jauh dari situ, duduk di kerusi.
“Selepas bergambar dengan peminat, dia datang dan ketawakan saya sebelum cakap saya tidak popular serta tiada siapa nak ambil foto bersama.
“Harap perkara tersebut tak berlaku kepada anak seni lain,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, situasi tersebut tidak mematahkan semangatnya. Namun, ia menjadi pemangkin untuk dirinya terus berusaha menjadi pelakon yang lebih baik.
“Ketika itu memang saya rasa pelik. Nak kata sedih pun tidak sebab saya bukan jenis orang yang ambil kisah.
“Tapi dalam hati saya cakap, insyaAllah satu hari nanti orang akan kenal siapa saya. Alhamdulillah, sekarang orang kenal Zara Zya.
“‘J’ itu sudah tidak aktif dalam industri sekarang. Selepas penggambaran tersebut, kami tidak pernah jumpa lagi,” katanya.
Terdahulu, Zara menerusi satu hantaran di Threads mendedahkan dia pernah diperlekeh oleh seorang artis yang dikenali sebagai ‘J’, melabelnya sebagai tidak popular dan tiada peminat.
Perkongsian tersebut kemudiannya menjadi tular sehingga terdapat segelintir pihak membuat andaian dengan memetik nama Janna Nick sebagai individu yang dimaksudkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Tekstur ringan dengan berus terbina memudahkan sapuan, beri litupan tinggi tanpa mekap bercapuk
Tekstur ringan dengan berus terbina memudahkan sapuan, beri litupan tinggi tanpa mekap bercapuk