
Primadona, Noor Kumalasari dipilih sebagai Nafesa Première Showcase Muse, mempersembahkan kemewahan serta warisan yang tidak lapuk dek zaman.
Berkongsi mengenai pemilihannya sebagai ‘muse’ bagi pengenalan jenama berkenaan, bintang yang pernah mencipta sensasi pada era 70an hingga 90an itu mengakui rasa teruja atas penghormatan tersebut.
“Pada awalnya, saya terkejut apabila dihubungi pihak mereka. Saya tanya, betulkah mahukan saya? Maklumlah saya sudah berusia dan ramai lagi pendatang baharu yang lain.
“Namun apabila Tuan Said beritahu ibunya sendiri yang pilih dan mahukan saya untuk ambil amanah ini, saya rasa terharu.
“Seronok dan teruja pada masa sama dapat bekerjasama dengan ‘team’ Nafesa. Syukur Alhamdulillah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Nafesa di The Agam, Sungai Penchala, pada Sabtu.
Sementara itu, Nafesa yang kini dilancarkan secara rasmi sebagai jenama yang lahir daripada kasih seorang ibu.
Nama Nafesa itu sendiri diinspirasikan daripada nama ibu pengasas, Naveesof, melambangkan kelembutan, ketabahan dan nilai seorang wanita yang begitu berharga.
Segalanya bermula di Arafah, iaitu ketika doa, rintihan jiwa dan ingatan terhadap kasih ibu membawa kepada satu ilham suci. Inspirasi itu kemudiannya dilakar di atas kanvas, dan hari ini menjadi permulaan baharu di Saudagaar Asia.
Menampilkan identiti wanita profesional, yakin dan berwibawa, Nafesa meraikan pesona wanita moden dengan gaya yang anggun dan bercitarasa tinggi.
Pada masa sama, Nafesa turut menampilkan koleksi The Alhambra Monogram
yang diinspirasikan daripada seni bina Istana Alhambra di Granada.Ia diangkat sebagai simbol kehalusan seni Islam, kemewahan dan kekuatan tamadun.
Setiap corak dalam koleksi ini menyampaikan mesej tersendiri, disempurnakan dengan penggunaan fabrik satin premium yang lembut, ringan, tidak jarang, mudah dibentuk dan amat selesa dipakai.
Rekaannya yang ‘timeless’ sesuai digayakan oleh semua wanita Asia serta tidak tertumpu kepada satu trend semata-mata.
Nafesa dihadirkan untuk menginspirasikan setiap wanita agar berasa cantik, lengkap, yakin dan bernilai.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini