Pelakon Betty Benafe berkongsi insiden cemas yang terjadi kepada dirinya baru-baru ini apabila matanya tertusuk permainan milik anaknya. Perkongsian berkenaan dikongsi Betty menerusi Instagram miliknya.

Bagaimanapun, pelakon drama rantaian Spa Q itu memanjatkan rasa syukur dan bernasib baik kerana penglihatannya masih lagi baik.

IKLAN

“Bersyukur kita masih boleh nampak. Alhamdulillah.. bayangkan mereka yg buta permanently.. salute pengorbanan mereka Dan orang sekeliling mereka. Kuatnya semangat mereka untuk hidup, Dan terus hidup kerana Allah.

 

“Bagi mereka yg tersenyum melihat orang lagi menderita, bersihkan lah hati mu.. kerna waktu Kita akan datang dengan cubaan yg sama atau yg lain nya. Doakan yang baik baik buat kami sekeluarga.. terima kasih bagi yg mulia hatinya,” tulis Betty.

Pada masa sama, Betty turut memohon agar para ibu diberikan kesabaran yang tinggi di dalam menjaga anak-anak.

IKLAN

“Pengorbanan seorang ibu pada anaknya yang aktif masyaallah hingga melukakan Mata hitam nya..semoga Kita para ibu diberi kesabaran yang tertinggi.. amin ya Rab..,” tulis Betty sambil diselangi dengan tanda palang #deandargus #juliadargus

Foto: Instagram Betty Benafe

IKLAN

https://www.instagram.com/p/BkRj26sHePP/?taken-by=bettybanafe

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI