
Kehadiran artis tanah air seperti pelakon Nurkhiriah dan Ieda Moin mencuri perhatian apabila mereka turut sama turun padang menjayakan program komuniti Gotong Royong Sakan di Pantai Tanjung Gosong, Pekan, Pahang.
Turut bersama memberikan komitmen baik termasuk ebih 300 sukarelawan dari kalangan belia dan penduduk setempat yang sama-sama berganding bahu membersihkan kawasan pantai.
Acara anjuran Gerakan Pekan Molek, inisiatif yang diasaskan oleh selebriti Karl Shafek Ibrahim bersama pengasas jenama fesyen jalanan
Neonate Clothing Company, berjaya mengutip hampir dua tan sampah di kawasan sekitar.Usaha ini bukan sahaja memupuk rasa cinta terhadap kampung halaman, malah mengangkat mesej kelestarian alam sekitar.
“Saya kerap berada di Pekan sejak Aidilfitri lalu kerana menjaga ayah yang uzur. Apabila melihat keadaan Pantai Tanjung Gosong yang cantik tetapi tercemar dengan sampah, saya terpanggil untuk bertindak.
“Saya gunakan media sosial seperti TikTok, Facebook dan Instagram untuk menyeru sesiapa yang ada kesedaran agar bersama-sama membersihkan pantai ini.
Tak sangka, sambutan yang diterima begitu menggalakkan,” ujar Karl Shafek.
Acara yang berlangsung pada Selasa, 16 September 2025, dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari itu turut mendapat sokongan
Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja.Ahli Dewan Undangan Negeri (N21) Peramu Jaya merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, YB Datuk Mohamad Nizar Datuk Seri Mohamad Najib turut menyambut baik usaha ini
.Gotong Royong Sakan turut mendapat kerjasama Kelab Anak Muda Perbandaran Pekan dan KRT Pantai Tanjung Gosong, sekaligus mengeratkan silaturahim antara komuniti.
Kehadiran Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pekan, Mohd Nasir Jusoh, artis tanah air dan wakil media menambah semarak suasana.
Selain itu, para peserta juga berpeluang memenangi hadiah tajaan
Pasar Raya Pantai Selamat dan Fresh Choice.“Saya sangat gembira kerana peserta hadir bukan semata-mata kerana hadiah, tetapi kerana kesedaran menjaga kebersihan alam kurniaan Allah SWT untuk kita dan generasi akan datang,” ujar Karl Shafek lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini