Categories: Berita Hiburan

“Berpeluang Nikmati Pelbagai Hadiah,” – Persembahan Malam Madrasah Ramadan & Nyanyian Artis Meriahkan Festival 3 Hari Berturut-Turut

Share

Tak hanya menawarkan pengalaman beli-belah, karnival jualan sempena sambutan Aidilfitri, Ragam Raya Fest 2026 turut dimeriahkan dengan persembahan pentas membabitkan artis popular tanah air sepanjang festival berlangsung.

Antaranya seperti persembahan Malam Madrasah Ramadan daripada Inteam, nyanyian ikonik daripada Ruffedge serta artis naungan  XO House menampilkan Iman Troye, Ammar Haikal & XO Jr.

Selain Itu, persembahan Maskot Ketupat Comel, Aurora Acapella dan dendangan malam penutup oleh Hanefflee dan Amzar juga bakal disajikan selain sesi podcast S.U.A.M (akronim Saharul, Ustaz Hariz, Amar dan Menteri Agama).

Ryan Deedat dan Ara Aziz pula akan bertindak sebagai hos. Manakala Papa Ayie dan Yuna Zainal sebagai Pempengaruh Ragam Raya Fest.

Tawar Pengalaman Istimewa

Dalam pada itu, Ragam Raya Fest 2026 yang dianjurkan GoodFellas dan berlangsung selama tiga hari berturut-turut di IOI Grand Exhibition & Convention Centre (IOI City Mall Putrajaya) bermula 13 hingga 15 Mac itu bakal menampilkan lebih 188 vendor raya.

Masing-masing menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan termasuk baju raya, tudung, aksesori, barangan kecantikan, kuih raya serta pelbagai lagi keperluan menyambut raya.

Menurut wakil penganjur, Sham Amir, acara itu dijadualkan dari jam 11 hingga 1 pagi.

“Lebih istimewa pengunjung berpeluang menikmati pelbagai hadiah dan tawaran istimewa sepanjang festival berlangsung.

“Selain itu, pengunjung juga bakal menerima pelbagai baucar diskaun dan tawaran eksklusif daripada vendor yang akan disediakan melalui sistem pendaftaran QR oleh Happie Token, selaku rakan strategik bagi sistem digital baucar acara ini.

“Kemasukan adalah percuma, dan pengunjung boleh menikmati pengalaman beli-belah yang selesa kerana lokasi festival berada di dalam pusat membeli-belah terbesar di Malaysia, (IOI City Mall Putrajaya), lengkap dengan kemudahan berhawa dingin serta fasiliti yang mesra pengunjung,” katanya.

Festival ini juga diperkasa dengan pembabitan jenama syarikat besar sebagai penaja rasmi.

Terdahulu, sebuah sesi taklimat serta majlis berbuka puasa membabitkan vendor berkenaan telah diadakan di Hotel Moxy Putrajaya.

“Ia diadakan sebagai platform memberi input rasmi kepada vendor yang bakal mengambil bahagian dalam festival berskala besar ini.

“Tak lupa, sesi taklimat ini turut menjadi ruang untuk vendor, rakan strategik dan penganjur berkumpul dalam suasana mengimarahkan mood Ramadan yang penuh kemesraan sambil berbuka puasa,” katanya lagi.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH