Dua nama besar grup Korea Selatan iaitu Ikon dan Winner bakal menjejakkan kaki ke Malaysia, Oktober ini.

Apa yang menariknya, konsert anjuran Macpirpro ini merupakan sebahagian daripada siri jelajah dua grup besar di bawah naungan YG Entertainment itu.

Kedua-dua grup ini akan diadakan selang sehari sahaja bermula dengan grup Ikon iaitu pada 13 Oktober (Sabtu) dan diikuti dengan kumpulan Winner, keesokan harinya pada 14 Oktober (Ahad).

Jualan tiket bermula pada 23 Ogos mulai jam 12 tengah hari untuk pembelian tiket grup Ikon dan jam dua petang bagi kumpulan Winner dengan harga serendah RM98 hingga RM693.

Untuk 400 peminat pertama yang membeli tiket Zon Ikonic/Inner Circle, atau 150 orang peminat pertama yagn membeli tiket Zon Merah, berhak untuk mendapat pas ‘soundcheck’.

IKLAN

Berita Baik! Konsert ‘Back-To-Back’ Kumpulan Ikon dan Winner Oktober Ini, Hadiah Buat Fans!

Manakala 280 orang peminat pertama yang membeli tiket Zon Kuning akan mendapat pas ‘sendoff’ untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan kegemaran masing-masing.

Selain itu, setiap pembeli akan mendapat poster rasmi juga bergantung kepada terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

IKLAN

Berita Baik! Konsert ‘Back-To-Back’ Kumpulan Ikon dan Winner Oktober Ini, Hadiah Buat Fans!

Ikon dianggotai oleh tujuh orang ahli iaitu B.I, Bobby, Song, Ju-ne, Dk dan Chan. Antara lagu popular mereka adalah Rythm Ta, Love Senarion, Rubber Band dan terbaru, Killing Me.

IKLAN

Winner pula dianggotai oleh empat orang anak muda itu Yoon, Jinu, Hoony dan Mino. Antara lagu popular mereka adalh Really Really, Everyday dan Empty.

Untuk perkembangan lanjut, boleh layari laman web rasmi, www.macpiepro atau ikuti facebook mereka.

Foto: Carian Google dan penganjur

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI