Penyanyi serta penulis puisi, Fynn Jamal dilihat lebih gemar menggunakan kaedah ‘tarbiah sentap’ setiap kali ada individu yang ingin meminta pendapatnya tentang cara untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.

Namun, tindakkan Fynn yang secara terbuka mendedahkan pengakuan seorang pengguna Instagram kerana dikatakan sering melakukan maksiat nyata mengundang kemarahan segelintir netizen.

Rata-rata menganggap tindakkan Fynn itu telah membuka aib dan memalukan individu tersebut.

IKLAN

Fynn yang dilihat sedikit emosi selepas membaca pengakuan tersebut bertindak mendedahkan identiti pemuda berkenaan serta mahu membawa isu ini ke pengetahuan ibu bapa pemuda tersebut.

Beri Nasihat Pedas, Fynn Jamal Didakwa Dedah Pengakuan & Identiti Si Pelaku Maksiat?

“Lillahi taala saya harap semua orang ‘printscreen’ IG story ni dan hantar kepada ibu bapa anda atau kenal dan tahu nombor telefon mak atau abah dia sila ‘DM’ saya. Saya sendiri akan telefon mereka,” tulisnya.

Beri Nasihat Pedas, Fynn Jamal Didakwa Dedah Pengakuan & Identiti Si Pelaku Maksiat?

IKLAN

“Itu yang Allah jaga aib orang, nanti Allah jaga aib kita,” katanya

Netizen menganggap tindakkan Fynn ini seperti cakap tak serupa bikin kerana suatu ketika dulu Fynn pernah berkongsi nasihat mengenai pentingnya menjaga aib orang lain.

Beri Nasihat Pedas, Fynn Jamal Didakwa Dedah Pengakuan & Identiti Si Pelaku Maksiat?

IKLAN

Bagi MH, mungkin ini cara Fynn untuk menasihat atau memberi iktibar kepada pengikutnya supaya tidak mendekati perkara maksiat. Namun, janganlah pula kita membenci si pelaku dosa, sebaliknya bencilah dosanya sahaja.

Sesungguhnya kita bukanlah manusia sempurna.

Foto: Twitter

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI