Insta Stories yang dikongsikan bekas isteri kepada pemuzik, Ude Wahid, Intan Liana Saleh memperlihatkan ibu tunggal ini memberi persepsinya mengenai hubungan baik personaliti media sosial, Farah Lee bersama bekas suaminya, Ally Iskandar.
Entri tersebut antara lain bagaimanapun menjelaskan, apa yang dikatakannya itu bukanlah untuk berbaik dengan Ude kerana tidak ingin dilabel sebagai wanita yang gila talak.
Cuma baginya, sekiranya hubungan suami isteri yang sudah berpisah tetap masih lagi baik, akan tiada negative vibe kepada anak-anak.
Bagaimanapun, Intan turut memaklumkan orang perempuan cepat memaafkan, berbeza dengan dirinya.
Pada masa sama, Intan turut mengaitkan mengenai isu orang ketiga.
Terdahulu, Ude dan Intan mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2013 kemudian bercerai talak satu pada 22 Mac lalu.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 2 tahun.
Foto: Instagram Intan Liana Saleh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin menyambut ulang tahun kelahirannya semalam.
Dalam pada itu, sahabat baiknya, Nur Fazura Sharifuddin, Fattah Amin dan beberapa sahabat terdekat turut meraikan majlis hari jadi buat Rizman bertemakan Arabic Night.
Difahamkan majlis tersebut diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Tidak dapat menahan sebak kerana terlalu teruja, Rizman tampak tenang memotong kek bertingkat dengan simbolik berwarna hitam-putih.
Selain itu, Fazura tampil manis berniqab dengan rona ungu cair menyerlahkan lagi majlis, manakala Fattah persis lelaki Arab.
Foto : Instagram Fazura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selain pemilihan baju raya, pilihan produk penjagaan diri terbaik juga perlu diambil kira bagi memastikan diri kekal yakin menawan sepanjang musim perayaan.
Baik lelaki atau si gadis, kalian perlulah juga memilih item cantik yang berbaloi dan serasi dengan diri anda. Barulah terjaga dari hujung rambut ke hujung kaki. Kata orang, penampilan yang wow persis selebriti!
Jadi bagi anda yang cukup mementingkan soal mahkota rambut misalnya, segalanya boleh diuruskan hanya dengan menggunakan Sunsilk Silky Smooth dan Sunsilk Conditioner Silky Smooth.
Memperkenalkan ciptaan terkini Pakar Rambut Lurus dari Tokyo, Yuko Yamashita, lengkap sama inovasi Keratin Yogurt Complex beserta lima minyak semulajadi iaitu badam, argan, kelapa, jojoba dan zaitun. Hasilnya, rambut lembut dan terurus sepanjang musim perayaan nanti!
Malahan, rambut yang sempurna juga pasti datang dengan keyakinan tanpa bau badan bukan? Lalu lengkapkan penjagaan kecantikan di hari lebaran bersama dua item pilihan kami, iaitu rangkaian Nivea Men Deodorant Spray.
Khas buat si jejaka tampan, ia berupaya untuk menangkis bau, peluh, bakteria dengan kuasa magis penyerapan arang.
Tiada lagi kesan putih pada pakaian hitam dan noda kuning pada pakaian putih serta terbukti berkesan selama 48 jam. Badan akan terasa segar seperti baru sahaja membersihkan tubuh.
Sementara Nivea Men Deodorant Spray Fresh pula berkesan dalam menangkis kesan pada bahagian baju yang gelap dan mempunyai elemen ‘anti-yellow staining’ andai anda mengenakan baju warna putih. Ia tiada ethyl alkohol dan cukup toleransi dengan kulit.
Keempat-empat produk terbaik ini boleh di dapati di semua outlet Guardian seluruh negara. Pastikan diri anda kekal rapi sepanjang musim perayaan ini. Cubalah!
Dapatkan beg tote Naelofar pada harga RM17.90(NP: RM29.90) apabila anda berbelanja lebih RM20 ke atas dengan jenama produk (Avene, Enchantuer, Ensure, Garnier, GoodMorning, Kotex, Latacyd, Liese, L’oreal, Maybelline, Nivea, Nutox, Pantene, Perfume Generic, Physiogel, Silkygirl, sunsilk and ubermen). Atau, berbelanja lebih RM30 ke atas dengan produk lain di stor Guardian. Sementara stok masih ada. Jangan lepaskan peluang ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira.
Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...