Categories: Hiburan

Bekas Peserta American Idol Didakwa Lakukan Hubungan Seks Dengan Individu Bawah Umur

Share

Bekas peserta program realiti nyanyian popular American Idol, Randy Madden, berdepan pertuduhan jenayah berat selepas didakwa melakukan hubungan seks dengan individu bawah umur di California, Amerika Syarikat.

Menurut laporan, pihak berkuasa Ventura County mengesahkan bahawa Madden, yang pernah mencuba nasib dalam musim kelapan American Idol, telah ditahan selepas siasatan mendapati dia terlibat dalam beberapa kesalahan seksual membabitkan mangsa remaja.

Antara pertuduhan yang dikenakan termasuk hubungan seksual dengan individu bawah umur, penetrasi anal dan genital menggunakan objek asing, serta oral copulation dengan mangsa yang masih di bawah umur. Selain itu, dia turut dituduh menghantar bahan berunsur lucah serta memujuk pihak tertentu bagi menyembunyikan kes tersebut.

Dokumen mahkamah menyebut kejadian dipercayai berlaku antara bulan Julai hingga September tahun ini. Madden bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan ke atasnya.

Selepas ditahan, tertuduh dibebaskan dengan jaminan sebanyak AS$100,000 sementara menunggu tarikh perbicaraan yang dijadualkan pada 13 November ini.

Dalam kenyataan kepada pihak berkuasa, Madden mendakwa kehidupannya kini berdepan kesukaran akibat kecederaan serius yang dialami susulan kemalangan motosikal pada tahun lalu, yang memerlukan beberapa pembedahan besar dan menjejaskan sumber pendapatannya.

Kes berprofil tinggi itu menarik perhatian ramai kerana membabitkan individu yang pernah mencuri tumpuan menerusi rancangan realiti popular di Amerika Syarikat. Sekiranya sabit kesalahan, Madden berdepan hukuman penjara yang panjang di bawah undang-undang negeri California.

Pihak pendakwaan menegaskan bahawa siasatan masih diteruskan dan sebarang bukti tambahan akan dikemukakan dalam prosiding mahkamah akan datang.

Untuk rekod, Madden muncul sebagai peserta American Idol musim kelapan. Ketika uji bakat, dia mempersembahkan lagu Livin’ on a Prayer

nyanyian asal Bon Jovi, namun tidak menerima sebarang undian daripada barisan juri dan tersingkir awal.

Selepas penampilannya yang singkat dalam rancangan berkenaan, Madden kemudian beralih arah dengan membuka sebuah salun rambut.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan 

Published by
MFA