Selain Sufi, rakan penyanyi Shahrul Kamal turut berkongsi perasaan berkenaan isu lagu baru Haqiem Rusli, Selamat Tinggal Sayang yang dilancarkan semalam menerusi Instagram.

Ketepikan terlebih dahulu isu gimik atau masalah depsresi. Sebaliknya, bekas pelajar Akademi Fantasia 2015 itu mendedahkan mengenai proses pembikinan lagu berkenaan, sehinggalah dia dilancarkan.

Katanya, dia tidak terkesan dengan komen pelbagai netizen. Cuma sedikit kecewa dan terkilan memandangkan dia juga antara individu terlibat dalam proses lagu tersebut.

IKLAN

“Aku ingat orang tak peduli langsung sebab biasa aku commented okay je. Kalini pula tiba2 nak jadi isu. Aku dengan @haqiemrusli98_ kami berdua okay ke. Dia kawan aku, kawan2 dia kawan aku juga. Selalu lepak. Cumanya aku agak kecewa dan terkilan sebab masa proses lagu SELAMAT TINGGAL SAYANG tu aku terlibat.

 

“Aku duduk dengan dia & sufi untuk buat demo lagu tu yang sampai 3 juta lebih viewers dekat youtube tu yang korang dengar sebelum ni tu lah. Hah tu hasil kerja dari sufi & aku. Tapi tak ada credit pun? Yess mmg kitorang cakap tak payah bayar apa2. Sebab aku lah orang yang ajak dia buat dekat rumah (sebab rumah ada barang studio) yelaa dia nak pergi keluar duit buat dekat studio lain then aku cakap lah aku boleh tolong. Tak payah bayar. Member punya hal,” tulisnya lagi.

Pada masa sama, Shahrul turut memberitahu, jika individu yang matang dan pandai berfikir, pasti dia akan memikirkan penat lelah rakan membantu.

IKLAN

“Kalau orang yang matang dan pandai berfikir dia akan faham betapa penatnya kami bersengkang mata untuk menyiapkan demo lagu tu tanpa bayaran satu sen & at least credit lah dekat youtube tu ke dekat ig ke. Tu je. Sebab mana lah tahu dari credit tu tiba2 aku dapat job orang suruh buat lagu lagi ke. Mana lah tahu. Bukan tak ikhlas, tapi macam mana ek nak cakap? Hurmm korang fikir sendiri lh kalau korang dekat tempat aku.

 

“Tapi secara jujurnya aku masih okay dengan haqiem. Aku percaya haqiem akan sedar satu hari sebab biasa lah guys, aku pernah budak macam dia. Fikiran aku sentiasa rasa betul. Tapi bila meningkat usia ni & aku bercampur dengan ramai orang yang tua pada aku, aku sedar sikit2,” kongsi Shahrul.

Malah, penyanyi muda itu turut memberikan nasihat dan membayangkan mengenai posisinya dalam industri.

IKLAN

“Kita kena sentiasa terima nasihat & jangan pilih dengan siapa kita nak terima just terima je. Aku pun tengah sturggle dalam industri ni. Tak top pun orang nak kecam aku ke? ? dah lah, biar je si haqiem rusli tu. dia dah minta maaf tu okay lah.

 

“Doa je lah baik2 untuk dia & kerjaya dia okay guys,” tulisnya sambil disertakan dengan tanda palang #akunakkeluarsinglebarulepasnijusttunggu

https://www.instagram.com/p/Bk1lCu7B5zK/?hl=en&taken-by=sharulkamal_

Foto: Instagram Shahrul Kamal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI