Mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang wanita warga emas, bekas gitaris kumpulan rock popular sekitar tahun 90an, Ekamatra dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di Alor Setar.

Menurut laporan Astro Awani, Tertuduh Md Nurul Azman Saliholdin@Salihihaldin, 44 dijatuhi hukaman selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian, Kau Fu Eng, 71 ketika memecah masuk ke rumah mangsa pada Februari lalu.

Hakim Juraidah Abbas memerintahkan supaya hukuman terhadap tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 28 Februari lalu.

IKLAN

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa telah menyebabkan kematian mangsa antara jam 2 petang hingga 6 petang pada 25 Februari lalu di sebuah rumah di Taman Malaysia, Alor Setar.

Tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjaran 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

IKLAN

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rehab Abdul Shukur manakala tertuduh yang mempunyai empat orang anak tidak diwakili peguam.

IKLAN

Juraidah berkata, hukuman itu dibuat selepas meneliti hujahan pendakwaan dan rayuan tertuduh.
Sebelum itu, Md Nur Azman memohon mahkamah meringankan hukuman kerana telah insaf dengan perbuatan yang dilakukannya.

Sumber / Foto: Astro Awani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI