“Bayarlah Hutang Akak Tu Dik,”- Dek Tersalah Tag, Netizen Tazkirah Individu Ini Bagi Pihak Fathia Latiff!

Sebentar tadi, pelakon Fathia Latiff ada memuat naik gambar Aiman Haqim Ridza bertujuan untuk menuntut pelakon tersebut  menjelaskan segala hutangnya.

Namun, apa yang melucukan, Fathia dilihat telah tersalah tag nama Aiman Hakim Ridza sebaliknya menaip Aiman Hakim ‘Redza’.

IKLAN

Lalu, Instagram individu tersebut telah dihujani pelabagai komen lucu daripada netizen yang meminta individu berkenaan menjelaskan segala hutang kepada Fathia.

IKLAN

Namun, akaun Instagram individu tersebut dilihat sudah tidak aktif lagi dan kali terakhir dia mengemas kini akaunnya itu pada pada lima tahun yang lepas.

Secara tidak langsung, akaun yang sebelum ini mempunyai pengikut yang sedikit kini bertukar menjadi popular. Bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Foto: Instagram