Pelakon Azad Jazmin disaman untuk kali ketiga oleh pihak berkuasa kerana tidak mematuhi peraturan jalan raya.

Merakam video di tempat kejadian, pelakon filem J Revolusi itu kesal dengan perbuatannya kerana tidak meletakkan tiket meletak kenderaan.

“Hi,saya baru cabut gigi. Hari ini saya parking elok,tak bertindan.

IKLAN

“Tapi pasal apa saya kena saman. Saya parking elok-elok, saya tak tahu apa kesalahan saya pula.

“Ouh,okay! Saya tak ada tiket parking. Sorry lah,saya duduk Puchong. Mana saya tahu Cheras pakai tiket. Salah tetap salah.Kena bayar!,” katanya pasrah.

IKLAN

IKLAN

Terdahulu, Azad telah disaman pihak berkuasa dalam tempoh kurang seminggu kerana tidak mematuhi peraturan jalan raya (memandu tanpa lesen dan tidak meletakkan kenderaan di tempat sepatutnya).

Video : Instagram Azad Jazmin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI