Pelakon Abby Abadi ada berkongsi beberapa keping foto lamanya yang dirakam bersama anak-anak.

Menerusi foto tersebit yang dimuat naik di Instagram, Abby menyatakan sebab berat badannya naik.

Malah pada masa sama, Abby turut memaklumkan bukan suatu hal yang mudah apabila berbadan dua pada usia melawati 40-an.

View this post on Instagram

Zaman Kemeriahan Mama 😅🤣 2010 kalau tak silap . Kurus melepppss lagi masa ni. Nak bgtaunya sy gemmms bukan sbb beranak ye tp kuat melantak 😝😂 Sebab dulu2 maintain je Sy. Sebelum kahwin lagi kurus macam isap ganja haha.. (ehh ye ke isap ganja kurus? 😅😝) Lepas kurang aktif dalam industri, berjubah 24/7, masa tu selalu rasa terlebih tenang, buat kerja ikut masa sendiri, rasa semua takde masalahlahhh.. walhallll!!! …makin memboyak… 😬🤪 . Sibuk jaga solat, jaga aurat.. lupa nk jaga berat 😂🤣😭 Bila dah memboyak, salahkan jubah besar pulak dah hahaha…. jubah dah tentu longgar kan? Sendiri la salah, sbb makan tak jaga + kurang minat bersukan.. sibuk membela lemak beberapa tahun, naik 30kg teruss huhu 🙊Haritu dah berjaya turun dekat 10kg.. skrg naikkk balikkk.. yeeha! Hehe.. baru 3bulan lebih baby dalam perut. Kalau 9bulan nnti capai 100kg, mmg nyorok lah jawabnya. Tutup IG sekejap hahaha.. sengal 🤣🙊 . Doakan kita tau. Mengandung di usia 40an ni nerbesss je rasa. Memang berisiko. Dgn darah tingginya lagi. Doakan ada rezeki yg terakhir kali ni ye. Semoga berjaya melahirkan aminnnn… 🙊

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

“Zaman Kemeriahan Mama. 2010 kalau tak silap. Kurus melepppss lagi masa ni. Nak bgtaunya sy gemmms bukan sbb beranak ye tp kuat melantak.

“Sebab dulu2 maintain je Sy. Sebelum kahwin lagi kurus macam isap ganja haha.. (ehh ye ke isap ganja kurus?) Lepas kurang aktif dalam industri, berjubah 24/7, masa tu selalu rasa terlebih tenang, buat kerja ikut masa sendiri, rasa semua takde masalahlahhh.. walhallll!!! …makin memboyak,” tulisnya.

IKLAN

Abby dalam humor turut bergurau membayangkan dirinya menyalahkan jubah besar pula bila berat badan naik.

“Sibuk jaga solat, jaga aurat.. lupa nk jaga berat. Bila dah memboyak, salahkan jubah besar pulak dah hahaha…. jubah dah tentu longgar kan? Sendiri la salah, sbb makan tak jaga + kurang minat bersukan.

“Sibuk membela lemak beberapa tahun, naik 30kg teruss huhu. Haritu dah berjaya turun dekat 10kg.. skrg naikkk balikkk.. yeeha!

“Hehe.. baru 3bulan lebih baby dalam perut. Kalau 9bulan nnti capai 100kg, mmg nyorok lah jawabnya. Tutup IG sekejap hahaha.. sengal.

IKLAN

“Doakan kita tau. Mengandung di usia 40an ni nerbesss je rasa. Memang berisiko. Dgn darah tingginya lagi. Doakan ada rezeki yg terakhir kali ni ye. Semoga berjaya melahirkan aminnnn,” maklum Abby panjang lebar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan kapsyen yang ditulis Abby dan turut merakamkan ucapan tahniah di atas kehamilannya yang kini sudah mencecah usia tiga bulan.

Abby mendirikan rumah tngga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.

IKLAN

Mengandung Di Usia 40an Nervous Jer Rasa, Memang Berisiko,” – Allah Bagi Rezeki Hamil 3 Bulan, Abby Pohon Doa

Abby yang sebelum ini pernah mendedahkan dirinya mengalami keguguran turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia yang dijaga sejak tahun lalu.

Sebelum ini Abby pernah berkahwin dengan Norman Hakim pada 8 Januari 2002 namun bercerai pada 18 Disember 2008.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim, 11.

Foto: Instagram Abby Abadi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI