
Bapa kepada penyanyi, Ziana Zain, Zin Abdullah menghembuskan nafas terakhirnya jam 3.32 petang tadi.
Difahamkan, Allahyarham Zin, 87, meninggal dunia di kediamannya di Kayangan Heights, Shah Alam.
Khabar mendukacitakan ini turut disahkan menerusi Instagram Stories, Anuar Zain Network.
“Seluruh warga kerja Anuar Zain Network ingin mengucapkan salam takziah kepada Anuar Zain dan Ziana Zain serta seisi keluarganya di atas pemergian ayahanda tersayang Zain @ Zin Abdullah pada 26 Ogos 2025.
“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama roh orang yang beriman dan beramal soleh,” tulis pegendali akaun tersebut.
Jenazah difahamkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Elmina sebelum Maghrib.
Pihak media cuba menghubungi keluarga arwah untuk mendapatkan maklumat terperinci, namun belum menerima sebarang maklum balas.
Zain yang juga pesara polis adalah orang penting dalam kerjaya seni adik bearik penyanyi, Ziana dan Anuar Zain.
Dia juga pernah bergiat aktif dalam kugiran muzik pasukan beruniform.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber: Instagram Anuar Zain Network