Pelakon cantik, Nora Danish ada memberikan dedikasi buat sahabat industri seninya, Zizan Razak yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36, hari ini.
Pernah terlibat sama di dalam beberapa projek sebi sebelum ini, ibu kepada dua cahaya mata ini turut mendedahkan Zizan merupakan seorang teman yang sering menceriakan hidupnya.
“Ni la dia kawan saya yang selalu menceriakan hidup saya setiap kali dia buka mulut! Banyak pahala dia ni sebab selalu happy kan org. InsyaAllah, Alhamdullilah & today is ur BIRTHDAY pulak @zizanrazak869, happy birthday my friend.
“Semoga apa Yg dihajati tercapai tidak lama lagi, Semoga Allah murahkan lagi rezeki u , Berlipat ganda lagi , semoga di panjang kan umur sihat sentiasa,” titipnya.
Ads
Nora turut mengharapkan agar Zizan temu jodoh serasi hingga ke jannah hendaknya.
“Paling penting buat masa sekarang ni, semoga jumpa jodoh Yg paling sesuai / serasi buat u. Dan biarlah ia kekal hingga Jannah.
Ads
“Haha siap dah wish awal2 , I Kalau ada adik dah lama kawin kan ngan u Zizan. U are a good person. Take care Zizan, stay safe , & happy tua day my fren, love ya,” akhiri Nora.
Pengacara Jihan Muse ada memuat naik sekeping gambar dirinya ketika mengendalikan program hiburan, Gegar Vaganza, musim lalu.
Dalam pada itu, Jihan turut sama mengimbau kembali kenangan ketika dirinya awal-awal bergelar anak seni, kira-kira 10 tahun lalu.
“Waktu PKP ni byk ulangan program2 lama yang buat saya rasa rindu! Terkenang masa masuk Raja Lawak, tu la permulaan saya dalam bidang seni.
“Pelbagai cabaran untuk menjadi pelawak yang biasanya didominasi oleh lelaki. Banyak saya dapat belajar dari pengalaman dan kawan kawan yang berpengalaman.
“Thank you #Colgate kerana inner strength saya dapat shine through my smile everyday towards my supporters, family & kawan yang tersayang.
“So now, Jihan nak challenge korang sharekan pengalaman masa PKP ni dalam comment mcm mana korang build korang punya inner strength?
Pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie menerusi laman Instagram meluahkan kekecewaan apabila niatnya membantu menyediakan Pakaian Perlindungan Diri (PPE) didakwa untuk meraih keuntungan.
Jelas Jovian, dana sumbangan yang ditubuhkan olehnya untuk menyediakan PPE demi kegunaan frontliner hospital didakwa dijual dengan mengambil upah dan keuntungan.
Malah, tegasnya dia akan bertindak memulangkan kembali wang sumbangan yang diterima andai ada pihak yang tidak yakin dengan kerja amal yang dilakukan.
“OK guys, niat NAK TOLONG. TAPI KENA FITNAH PULAK. I want to help people, but if you have doubt in me. I rest my case. I will shut down the page for fundraising and refund back ALL the money collected immediately once the money cleared tomorrow.
“As of now, as you can see, it is still floating due to the processing of settlement. What will happen next? I will then immediately text all the hospitals that I have promised to donate that we will not be able to supply their PPEs.
“Why? Because the project need to be called off pasal kena fitnah!!. BUT, if you trust me I will assure you that you will see the 10,000 PPE suits delivered to these hospitals within the next 30days. InsyAllah,” luahnya.
Terdahulu, Jovian antara designer yang tampil menghulurkan bantuan bagi menyediakan PPE untuk keperluan hospital yang mengalami kekurangan alat perlindungan diri itu.
Foto : Instagram Jovian Mandagie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, aplikasi Tik Tok kini kian menjadi pilihan ramai tidak kira generasi dalam konteks ia sebagai hanya sekadar hiburan di media sosial.
Bagaimanapun, setiap individu mempunyai pandangan masing-masing, seperti pelakon Fiza Abdul Halim yang berpendirian aplikasi seolah-olah mampu memberi tanggapan berbeza khasnya bagi yang sudah bergelar ibu.
Malah kongsinya lagi, situasi sekarang berbeza dengan golongan ibu suatu ketika dahulu.
“Bertik tok tik tok apa lah hai,dah tua,dah beranak pinak bagai…Org dulu2 mana ada mcm zaman skrg ni?
“Zaman tok nenek kita,zaman mak kita dulu2, semua nya pemalu. Zaman kita skrg, mak2 dah jd tak tahu malu. Apalah nak jd dgn dunia skg? Patutlah dunia mcm2 virus kluar,” tulisnya menerusi satu pautan video perkonhsian Aisyah Hijanah yang dikongsikan kembali.
“[TIK TOK HARAM]. Kalau kita tengok Tik Tok dekat Malaysia banyak content yg menari. Tapi sebenarnya Tik Tok ni byk je org share benda elok, cthnya memasak, bisnes, make up tutorial
“Depends, tgk kpd content apa yg kit share dekat org. Setiap content kita ni akan dipersoalkan, jadi sgt bahaya. Kita kena jaga-jaga. Kalau kita post content yg haram, maka kita pun tahu apa hukumnya. Tapi kalau kita post content yg baik, pahala maka In Shaa Allah itulah saham di Akhirat nanti.
“Kita selalu minta dgn Allah nk keluarga yg baik, tapi apa amalan kita? Anak-anak kita akan ikut cara kita. Jgn kita rosakkan generasi kita.
“Pendek kata, jagalah maruah kita sebagai seorg wanita,seorg ibu & seorg isteri ya. Adalah perasaan malu tu sikit,” tulis Fiza pula.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...