Bersempena dengan sambutan Hari Ibu yang lalu, suami kepada pelakon, Emma Maembong iaitu Muhammad Shazli Azhar ada memuat naik sebuah video sebagai suatu dedikasi bagi menghargai pengorbanan isteri tersayang.
Video yang mendapat tontonan hampir setengah juta kali itu antara lain memaparkan detik Emma bersalinkan anak pertama mereka, Shariq Gabriel.
Dapat dilihat bagaimana si ibu berjuang ketika melahirkan permata hati yang kini mencecah usia 6 bulan itu.
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid tampil meminta maaf terhadap pernyataannya sebelum ini, berhubung komennya pada ruangan komen Instagram, awal tadi.
Jelas Mawar, wujud salah faham dan menerusi Instagram, ibu kepada dua cahaya mata ini mengambil pendekatan untuk memperjelaskan keadaan.
“Bertenang semua.. ada salah faham ni. And Mawar pun salah tak tulis bebetul dan ayat pun tak penuh sampai buat you all semua marah and serang Mawar. Sorry semua.
“Baca balik statement Mawar, “Harap dapat diselesaikan dengan cara yang baik”
“Maksud Mawar kat sini, Kalau kena kompaun/denda lagi, memang patut kena bayar. Dan kalau mahkamah dah putuskan kena penjara, Mawar respect keputusan mahkamah.
“Cuma bila bercakap pasal “penjara”, bunyi tu menakutkan. Mawar pun turut rasa takut lah. Sebab Mawar ni sejenis cepat kesian kat orang,” tulisnya.
Pelakon drama TQ Captain itu juga pada masa sama turut bersimpati terhadap pekerja barisan hadapan serta situasi semasa yang berlaku dalam negara akibat pandemik ketika ini.
“Dan Mawar pun kesian & simpati juga kepada Frontliner, rakyat dan semua yang terlibat dalam COVID-19 ni. Lagi2 hari ni dah almost 7K org positive dalam Malaysia. Mawar lagi la risau ttg covid ni.
“Dan Mawar tak bermaksud pun cakap sebab dia berjuang pasal Palestin tu, dia boleh langgar SOP.. yang salah tetap salah. Dan Mawar respect apa saja keputusan mahkamah untuk yang bersalah.
“Sorry k sebab statement tak clear. Mawar mintak maaf. You guys semua take care k. Stay Safe. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin,” tulis bekas finalis Dewi Remaja 2015 ini lagi.
Hantaran tersebut pantas menerima perhatian ramai dan masing-masing turut memberikan respon pelbagai.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Farhan Asri terkejut apabila wajahnya dikatakan seiras dengan Hisyam Hamid selepas keduanya digandingkan sebagai adik-beradik dalam drama bersiri, Cukup Derita Itu yang ditayangkan di slot Samarinda TV3.
Menurut Farhan, dia ada menerima beberapa kiriman foto yang menyamakan wajahnya dengan bintang kelahiran Singapura itu di Instagram namun hanya mampu ketawa.
Malah dia turut menyifatkan, persamaan yang digambarkan itu sebagai bagai langit dan bumi.
“Mungkin sekali imbas ada iras tapi saya tak rasa kami memiliki wajah yang hampir serupa. Tapi kira okeylah apabila ada yang kata kami ada iras dan digabungkan sebagai adik-beradik dalam drama ini.
“Terus terang saya agak malu kerana wajah kami bagai langit dengan bumi. Tambahan Hisyam adalah seorang aktor yang cukup disegani dan hebat manakala saya ini hanyalah insan yang baru nak mengintai peluang dalam bidang ini.
“Tapi apapun komen positif yang diberikan saya jadikan perkara itu sebagai pembakar semangat supaya saya berjaya sepertinya satu hari nanti,”katanya.
Farhan pada masa sama menjelaskan, dia tidak pernah berputus asa untuk menantikan bakat seninya dikenali ramai meski sudah empat tahun terjun dalam bidang lakonan, sejurus menyertai Pencarian Hero Remaja sezaman Alif Muhaimin.
“Saya masih anggap perjalanan saya dalam bidang lakonan ini masih baru. Tempoh empat tahun ini mengajar saya banyak perkara.
“Mungkin separuh orang menganggap saya sepatutnya sudah dikenali ramai atau popular tapi bagi saya biarlah nama saya lambat naik asalkantawaran lakonan sentiasa ada.
“Apa yang paling merisaukan saya jika kehadiran saya dikenali ramai tapi tiba-tiba nama saya merudum dan hilang daripada industri seni. Itu lebih menggerunkan sebab bidang lakonan adalah punca utama rezeki saya.
“Alhamdulillah sepanjang empat tahun ini tawaran lakonan sentiasa ada, tidak kiralah watak pembantu atau utama. Ada sajapenerbit-penerbit yang tidak pernah saya bekerjasama telah beri saya peluang seperti dalam drama Cukup Derita Itu terbitan SR One Sdn Bhd,” katanya.
Selain Farhan dan Hisyam, drama bersiri 40 episod arahan Along Kamaludin itu turut dibintangi Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, dan Lia Natalia.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seperti yang sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal dilaksanakan pada 12 Mei sehingga 7 Jun depan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Bukan sahaja menimbulkan rasa di kalangan orang ramai, golongan selebriti yang bekerja turut memberikan reaksi.
Penyampai radio, Feeya Iskandar atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan misalnya, meluahkan rasa berhubung perkara tersebut selepas berdepan kesesakan jalan raya yang teruk, pagi Isnin.
Feeya ada berkongsi situasi yang dialami ketika mahu ke pejabat.
“Dah dekat tol Damansara pukul 9. Kereta dah padat, sebab keluar masuk tol ni ada roadblock.
“Bukak waze, dia ckp 9.50 kau baru sampai. Sedangkan opis cikpiah depan tu je. Haih.
“Tolonglah bagi kesabaran yg tinggi utk aku hadap jem mcm ni hari-hari. Kalau ada pkp, aku fed up!,” tulisnya.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...