Ahli kumpulan Wanna One, Kang Daniel mendedahkan bahawa dia pernah ‘bangun di katil hospital’ setelah pengsan kerana alergi.

Menariknya, dia berada di hospital kerana sikapnya sendiri yang terlalu ingin mencuba itu.

“Saya bukanlah seorang yang cerewet bab makanan tapi ada satu benda je yang saya tak boleh makan langsung!

“Saya alergi pada makanan laut terutama kerang/kepah,” katanya ketika muncul dalam program realiti ‘Please Take Care Of My Refrigerator’.

Tambahnya lagi, satu hari dia mencuba satu makanan laut berdekatan dengan agensinya.

IKLAN

‘Bangun-Bangun Je Dah Ada Kat Hospital’- , Kang Daniel [Wanna One] Kongsi Pengalaman Pengsan Kerana Alahan Teruk!

IKLAN

“Saya tidak pernah boleh makan ‘lobster’ ataupun ganjang gejang (makanan laut berasaskan ketam dan kicap), saya dengar ia sangat lazat.

“Ada satu ketika, saya teringin sangat nak cuba burger di sebuah restoran makanan segera, jadi saya pun makanlah. Ia sangat sedap.

“Lepas itu, apabila saya menyambung kembali latihan saya, tiba-tiba sahaja saya rasa pening dan pengsan.

“Bila saya buka mata, saya berada di bilik kecemasan hospital dan tiub pernafasan turut disambung ke badan saya,” ceritanya lagi.

Seram betul MH baca cerita Kang Daniel ni, itulah..jangan dibuat main alergi ni tau kerana ia boleh membawa maut. Yang penting, sentiasa bawa ubat alergi anda ke mana-mana.

IKLAN

‘Bangun-Bangun Je Dah Ada Kat Hospital’- , Kang Daniel [Wanna One] Kongsi Pengalaman Pengsan Kerana Alahan Teruk!

sumber: Soompi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI