SYABAS YUNA! Buat kali pertama wajah Yuna dipaparkan dalam majalah fesyen antarabangsa, Vogue Arabia dan ternyata gaya turban Yuna mendapat perhatian masyarakat Barat.

Sedikit demi sedikit, Yuna mengangkat dirinya dari bawah sehingga menjadi sebutir permata yang disanjung ramai orang. Penyanyi berusia 31 tahun itu telah banyak melakukan perkara yang belum pasti dapat dilakukan oleh wanita lain seusianya.

Paling terbaharu, melalui laman Instagram miliknya, Yuna memuat naik satu gambar yang menunjukan dirinya menghiasi majalah Vogue isu July/August dengan model terkenal, Jourdan Dunn sebagai cover majalah.

Bangga Yuna Dalam Majalah Vogue Arabia

Biarpun bukan sebagai penghias sampul hadapan majalah terkemuka itu, Yuna yang diberikan ruang untuk muncul dalam sesi editorial fesyen cukup membanggakan Malaysia sebagai artis sulung tampil dalam majalah antarabangsa tersebut.

Sesungguhnya, Yuna telah berjaya menempatkan dirinya dalam majalah fesyen berprofil tinggi antarabangsa.

Bangga Yuna Dalam Majalah Vogue Arabia

IKLAN

Yuna dipaparkan dalam majalah dalam menghiasi ruangan rencana fesyen bertemakan Hijabi Crush, di mana Yuna mengenakan beberapa helai pakaian dan aksesori dari jenama fesyen terkemuka dunia seperti Michael Kors dan Marine Serre termasuk juga pereka terkenal dari Malaysia, Hatta Dolmat.

Bangga Yuna Dalam Majalah Vogue Arabia

Kesemua foto Yuna diambil oleh jurugambar terkenal, Aja Hitomi. Nampaknya Yuna teruja apabila diberi peluang menghiasi majalah Vogue Arabic.

I’m over the mooooon! This just happened! I’m in the July/August issue of #voguearabia, with jourdandunn on the cover, and lil ol me on the inside ? (this is the cover of one of feature pieces in the magazine: ‏عدسة which means “lens”) featuring photography by visionsthroughmyretina, dress by hattadolmatofficial!”

 

 

Thank you vouearabia this is so cool. Let’s do the COVER cover next time ?you know i gotchu. Back in LA now, time to celebrate this with an iced latte! blessings blessings sharing this blessing to everyone” ujarnya berjenaka.

Sebelum ini, penyanyi kelahiran Alor Setar, Kedah itu juga menghiasi liputan fesyen dalam majalah antarabangsa InStyle dan Nylon.

IKLAN

Yuna atau nama sebenar beliau Yunalis binti Mat Zarai, lahir 14 November 1986, pernah menghadiri ujibakat untuk musim pertama One in a Million, menjadikannya 40 pusingan bahagian sebelum digugurkan daripada pertandingan.

Namun kini terbang tinggi dan melebar sayap ke peringkat antarabangsa.

Bangga Yuna Dalam Majalah Vogue Arabia

IKLAN

Bangga Yuna Dalam Majalah Vogue Arabia

 

Sumber : Instagram yunamusic

 

 

su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI