Fasha Sandha ada berkongsi buat para peminat mengenai kunjungannya ke salah satu lokasi menarik di Kuala Lumpur, Menara KL. Turut sama menyertai Fasha dan ahli keluarganya ialah rakan terdekat.

Lalu, pelakon Patah Sayap Bertongkat Paruh ini ada memuat naik beberapa foto sekitar, selain menikmati hidangan makan malam di lokasi sama, bagi mengisi hari bersama famili.

“Hari ni hari keluarga. Bawak depa ke tempat kegemaran i dan anak2 . Bangga sungguh jadi anak Malaysia, dan amat berbangga sebab i menjadi penyebab BFF naik keatas Menara KL untuk pertama kali, haih.

Ads

“Tak sangka ramai orang KL tak pernah naik Menara KL. Hari ni depa kagum dengan kecantikan tempat ni dan terus nak book tempat tu untuk bawak pasangan masing2. Ibu bangga sebab berjaya mempromosikan Kuala Lumpur walaupun ibu bukannya duta.

“Thank You Sahabatku for coming, I love You, kepada yang tak dapat dtg , ibu faham, jadual tak mengizinkan,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen di Instagram.

Ads

Ads

Lalu, rata-rata memuji perkongsian yang dibuat tunang kepada pelakon Aidil Aziz itu selain turut bertanya sama ada dia dan anak-anak ada rasa gayat dan sebagainya.

Foto: Instagram Fasha Sandha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI