Berita

“Baju Masih Dalam Kotak, Pakai Apa Ada,” – Dr. Afifah Mohon Maaf Isu Pakaian Ke Mahkamah, Hanya Fokus Proses Sulh

Share

Bekas isteri kepada penyanyi, Nubhan Ahmad, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek memohon maaf selepas pemilihan pakaiannya sewaktu hadir ke prosiding sulh di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan, semalam dikritik dan dikatakan kurang sesuai.

Menurut Afifah, dia sebenarnya enggan memikirkan hal-hal lain kerana mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap proses sulh yang sepatutnya dilangsungkan pada Khamis.

Fokus Sulh

“Di sini nak minta ampun banyak-banyak, dress up sekadarnya sahaja. Tak boleh nak pilih-pilih warna baju hari ini (semalam).

“Saya berada dalam keadaan fikiran yang tidak tenang sebab saya bersungguh fokus untuk proses sulh gafi. Takut ada yang terlepas pandang,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan oleh ibu kepada tiga orang cahaya mata itu menerusi satu hantaran di Instagram.

Baju Masih Dalam Kotak

Jelas Afifah lagi, dia sebenarnya tidak sempat untuk menyusun semula pakaian-pakaiannya yang telah dipulangkan oleh bekas suami, baru-baru ini.

“Baju semua masih di dalam kotak. Jadi, saya pakai apa yang ada sahaja,” kongsinya lagi.

Semalam, Dr. Afifah yang ditemani ibunya, Dr. Zailah Zainudin ke mahkamah bagi mengikuti prosiding kes sulh atau tuntutan harta sepencarian dengan bekas suami.

Bagaimanapun, Nubhan tidak hadir ke mahkamah dan hal itu hanya diketahui peguam wanita Afifah, Kartini Abd Latiff, semasa tiba di mahkamah.

Sebelum ini, Nubhan didakwa mengeluarkan kesemua barangan Afifah dari kediaman mereka di Senawang dan dipindahkan ke rumah ibu bapa doktor gigi terbabit.

Terdahulu, rumah tangga yang dibina dengan Nubhan berakhir pada 2 Disember tahun lalu dengan talak dua selepas 10 tahun hidup bersama.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, Ahmad Aafan, dan Afzan Nayille.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
Aizam Manaf