Bodyflasshh menerusi syarikat AAG Global Resources tampil memilih dua selebriti terkenal iaitu Adira Suhaimi dan Puteri Sarah Liyana sebagai wajah wakilan terhadap produk keluaran mereka.
Pengasasnya, Puan Azlin Hilda Abdul Latif berkata, selain kredibiliti baik yang ditonjolkan mereka, dua bintang berkenaan dilihat sebagai pilihan tepat berdasarkan target sasaran pengguna.
“Adira kami pilih mewakili Bodyflasshh Drinks & Detoks kerana secara kebetulan, dia baru sahaja lepas bersalin.
“Jadi secara tak langsung, kita boleh melihat perubahan Adira selepas bersalin. Bodyflasshh Drinks & Detoks mampu mengawal selera makan.”
“Sementara Puteri Sarah pula khusus untuk Bodyflasshh Queen yang turut mempunyai pencuci dan minuman khas wanita.
“Bukan ambilnya kerana kontroversi, sebaliknya bila kita melihatkan situasi dirinya sebagai isteri dan ibu yang kuat mencari rezeki. Pada masa sama, perlu uruskan anak-anak dan sebagainya.
Ads
“Jadi sudah tentu ia memerlukan stamina dan tenaga. Lagi pula ini adalah produk khusus untuk wanita. Pemilihan yang tetap dan syukur setakat ini mereka memberikan kerjasama yang baik,” katanya.
Dalam pada itu, Azlin menambah jenama ini akan diluaskan pasarannya ke Indonesia mulai tahun hadapan.
Ia sebagai inisiatif syarikat untuk meluaskan rangkaian dan penguasaan pasarannya ke pasaran antarabangsa memandangkan negara jiran itu memiliki faktor bersesuaian dalam misi pengembangan syarikat untuk jangka panjang.
Ads
“Untuk pasaran domestik, kami juga mengunjurkan jualan berganda pada tahun depan ekoran keyakinan kukuh pelanggan sedia ada terhadap Bodyflasshh sejak ia mula dilancarkan dua tahun lalu.
“Kejayaan memasarkan produk dalam tempoh pandemik memberi rezeki kepada syarikat kerana ia tepat pada waktunya membantu pelanggan yang lebih banyak menghabis masa di rumah dapat membantu mereka mengawal berat badan,” katanya.
Azlin ditemui ketika majlis anjuran Bodyflasshh di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur, baru-baru ini yang turut menyaksikan perlantikan dua figuran tersebut sebagai wajah wakilan.
Buat masa sekarang, syarikat memasarkan dua produk utamanya iaitu Bodyflasshh Queen dan Bodyflasshh Drink yang dijual pada harga antara RM69 hingga RM89 sekotak melalui pemasaran secara online dan juga melalui ejen dan stokis di seluruh negara.
Ads
BodyFlasshh Drinks yang menawarkan tiga perisa iaitu chocolat58 tahun ke atas bagi membantu mengawal berat badan.
“Pengambilan secara sihat dengan mengamalkan minum lapan gelas air suam sehari dan menghentikan minuman bergas serta mengamalkan konsep makanan suku suku separuh bakal mempercepatkan lagi proses mendapatkan berat badan yang ideal mengikut kesesuaian faktor umur dan tahap kesihatan.
“Bagaimanapun ia tidak bersesuaian untuk ibu yang sedang hamil, mereka yang mempunyai penyakit jantung serta darah tinggi kronik,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Khairy Jamaluddin, calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Sungai Buloh berlapang dada sekali gus menerima kekalahannya kepada calon Pakatan Harapan, Datuk R. Ramanan.
Menerusi satu ciapan di Twitter awal pagi ini, Khairy turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membuang undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pada Sabtu
“Terima kasih kepada pengundi P.107 Sungai Buloh. Saya telah berusaha sehabis baik.
“Tahniah kepada Datuk R. Ramanan. Selamat berkhidmat,” kata Khairy yang turut menyifatkan khidmatnya sebagai Menteri Kesihatan sebagai penghormatan tertinggi.
“Terima kasih kepada rakyat Malaysia. Satu penghargaan terbesar dalam hidup saya untuk berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan anda semasa pandemik,” tulisnya.
Terima kasih kepada pengundi P.107 Sungai Buloh. Saya telah berusaha sehabis baik. Tahniah kepada @datoramanan. Selamat berkhidmat.
Terima kasih kepada rakyat Malaysia. It was one of the greatest privileges of my life to have served as your Health Minister during the pandemic. pic.twitter.com/7IyQ35TizE
Meninjau menerusi ruangan komen, wargamaya memberikan reaksi pelbagai dan turut memberikan dedikasi atas jasa khidmatnya selama ini.
Dalam pada itu, R. Ramanan diumumkan menang di kerusi Parlimen Sungai Buloh dengan 50,943 undi sementara Khairy mencatatkan undian sebanyak 48,250 undi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sering tampil dengan gaya boyish dan lasak, penampilan anak perempuan usahawan sensasi Datuk Seri Vida, Cik B yang menggayakan rambut palsu panjang mengurai mendapat pujian netizen.
Menerusi perkongsian Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 17, di akaun TikTok miliknya, selain menggenakan rambut palsu, Cik B turut menyarung gaun berkilauan untuk melengkapkan gayanya.
Menerusi video itu, Cik B merakamkan video lagu Swipe nyanyian rapper Alyph yang kini menjadi siulan di media sosial tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya menyatakan mereka tidak menyangka itu adalah Cik B, malah ada yang menyuruhnya untuk mengekalkan ‘look’ sebegitu yang kelihatan lebih manis dan ayu.
“Cik B, ini betul-betul kena. Cantik!
“Kan comel, feminin.
“Cantiklah Cik B.Macam Vicha pun ada, dua-dua pun cantik, comel.
“Lah Cik B ke?Hihi cantik sangat.
“Lawalah Cik B, macam pelakon Korea.
“Cik B macam ini baru ayu,” tulis netizen yang teruja dengan ‘transformasi’ gaya yang ditunjukkan Cik B.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Syura Badron berkongsikan khabar gembira dia kini hamil anak keempat.
Khabar gembira itu dikongsikan Syura atau nama sebenar, Zuraidah Badron, 36, menerusi laman Instagram miliknya.
Menerusi video tersebut, penyanyi lagu Nazam Berkasih itu dilihat membuat kejutan buat suaminya, Muhammad Farizat Ismail, 28, dengan menghadiahkan baju bayi yang bertulis, ‘You are going to be a daddy soon’.
Syura turut memohon doa daripada semua agar segalanya dipermudahkan untuknya sepanjang tempoh kehamilan.
“Soon, mohon doakan yang baik-baik. Abie (suami), your are going to be a daddy soon. InsyaAllah,” tulis Syura di ruangan kapsyen.
Tidak mendedahkan usia kandungannya, namun Syura ada meletakkan tanda pagar #march2023 yang dijangka ‘due date’ untuknya bersalin.
Rakan artis seperti Khai, Rosma serta Datin Almy Nadia tidak ketinggalan memberikan ucapan tahniah buat Syura dan suami.
“MasyaAllah, Alhamdulillah. Masa jumpa bulan lepas mu minta doakan cepat dapat baby. Allah dah bagi jawapan untuk doa-doa korang. Tahniah korang. Take care Syura,” tulis Khai dan isteri, Rosma.
“Happy for you makcik. Semoga segalanya dipermudahkan,” titip Almy pula.
Syura mendirikan rumah tangga dengan Farizat pada 22 Januari lalu.
Terdahulu, Syura turut mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Syura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan aktivis seni, Datin Seri Umie Aida menzahirkan rasa sedih atas pemergian suami kepada rakan artis, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, Allahyarham...