Hiburan

Azhar Sulaiman Bawa Watak Paling Berani, Jadi ‘Ayam Tua’ Hidap HIV – “Anak Kena Terima Hakikat Ayahnya Pelacur.”

Share

Pelakon senior, Azhar Sulaiman meluahkan rasa syukur dan teruja apabila terus diberikan kepercayaan untuk membawakan watak berat dan mencabar, kali ini.

Menurut Azhar, dia kini dalam persiapan untuk membintangi sebuah drama terbaharu yang menampilkan dirinya sebagai seorang pelacur lelaki berusia 50-an yang tinggal di Chow Kit serta menghidap HIV.

“Pada usia sekarang, saya rasa sangat bertuah kerana masih diberi peluang untuk membawa watak yang mencabar keupayaan lakonan saya.

“Saya akan memegang watak sebagai ‘ayam tua’ atau pelacur lelaki yang tinggal di Chow Kit pada usia 50-an. Dia juga mengidap penyakit HIV.

“Saya berdepan konflik dengan anak saya yang dilakonkan oleh Adam Lee. Dia kena menerima hakikat yang ayahnya adalah seorang pelacur,” katanya kepada MH.

Azhar ditemui ketika menghadiri tayangan perdana drama Hilang Kasyorga, baru-baru ini.

Bukan Nak Normalisasi, Tapi Realiti Masyarakat

Azhar turut menegaskan, drama berkenaan bukanlah bertujuan untuk mempromosikan budaya songsang, sebaliknya memaparkan sisi gelap kehidupan yang benar-benar wujud dalam masyarakat.

“Saya sudah pun membaca skrip. Kami bukan nak menormalisasikan budaya LGBT tapi kita nak paparkan permasalahan masyarakat yang ada pada hari ini.

“Saya juga perlu berhati-hati ketika membawakan watak ini. Saya tak nampak terlalu seronok sangat jadi pondan.

“Pada akhirnya nanti, naskhah ini perlu meninggalkan mesej kepada semua yang menonton,” ujarnya lagi.

Ditanyq mengenai persepsi penonton selepas ini, Azhar yakin pengarah dan produksi mempunyai etika serta tanggungjawab dalam mengendali isu sensitif seperti ini.

“Seperti apa yang sudah berlaku di dalam drama Bidaah dan Keluarga Itu, kita kena faham setiap naskhah ini mendapat kelulusan stesen TV dan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

“Pengarah bukan buat secara suka-suka. Apa yang kita lihat dalam Bidaah, yang terasa itu mungkin dia juga berkelakuan sebegitu.

“Saya tidak pernah terlibat di dalam dunia itu. Jadi, saya tidak terasa. Saya hanya melihat realiti budaya kultus. Ia langsung tidak menggoncang akidah dan pandangan saya terhadap Islam.

“Jadi, bila saya bawa watak ini, saya nak tunjuk bagaimana dia mengakhiri hidupnya. Saya ada tanggungjawab untuk memberi pengajaran,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Published by
Aizam Manaf