Isu penonton mengharapkan sesebuah drama melayu itu berkualiti sudah lama disuarakan pencinta seni.

Malah sebelum ini, beberapa drama turut menjadi mangsa kritikan penonton apabila fakta yang diberikan macam tidak berapa tepat.

Terbaru, pelakon popular era 90-an, Norazah Aziz pula memberikan pandangannya menerusi Instagram.

IKLAN

Di dalam entri tersebut, dia memuji lakonan, dan drama Nur yang mempunyai pakej lengkap satu drama yang bagus.

Namun begitu, Azah juga turut meluahkan kesesalannya mengenai ‘drama’ lain.

IKLAN

“This I call it good skrip, directing and good performance from all the actors. Kalau part sedih kita ikut nangis, part kesian kita ikut kesian. Part jahat kita ikut menyampah.

 

“Ni barulah dikatakan good acting ada feelin masuk terus dalam naluri kita, bukan sekadar hafal skrip tapi takde feeling macam drama yang baru ini.

 

“Kita just kasi feedback as penonton dan sokong drama melayu untuk perbaiki diri supaya lebih mengutamakan menghayati skrip.

 

“Promo dan fesyen memang tip top tapi tak kan duduk overseas dalam rumah pun nak pakai high heels, saya pun duduk overseas gak taklah sampai buat laundry pun pakai heels.

 

“Tak logik tu, kita baru nak fefeeling dah distracted dengar bunyi heels tu. Pengarah kenalah tengok itu semua, janganlah nak ikut kata pelakon suka hati je sebab nak nampak lawa.

 

“Kalau nak buat fesyen show jadi je model…so to fan dot dot dot jangan sentap.You know who and drama apa yang saya maksudkan. Hope you can do better in your future.

 

“You are a good actress, just need more feeling in your acting and do your homework more.Okay bye, layan bola lagi best, atleast takde orang nak sentap,”tulisnya.

Azah Aziz ‘Tegur’ Drama Melayu Mana Tu?

IKLAN

Haa.. Panjang berjela luahan Azah. Mungkin sebagai pelakon lama yang berpengalaman, dia ingin memberi nasihat kepada pelakon-pelakon baru selain memberi pandangannya sendiri.

Foto: Instagram Azah Aziz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI