Penyanyi Tomok meluahkan rasa sebak sewaku menerima mesej daripada ibunya sejurus selepas membuat persembahan di sebuah program television.

Menerusi pesanan Whatssapp tersebut, Ibu Tomok mendedahkan bapanya menangis sewaktu menonton persembahan Tomok yang membawakan lagu berentak ketuhanan itu.

Untuk pengetahuan, bapa Tomok ketika ini dilaporkan sedang berada didalam keadaan  kurang sihat.

View this post on Instagram

cepat sembuh ayah..cepat baik macam dulu-dulu ?

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

IKLAN

“Cepat sembuh ayah. Cepat baik macam dulu-dulu,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ibu Tomok turut memberi tahu persembahannya pada malam itu sangat bermakna sehingga telah membuatkan bapanya itu mengalirkan air mata

Perkongsian Tomok itu nyata telah membuatkan ramai netizen berasa sebak selain turut mendoakan supaya bapa Tomok sembuh seperti sedia kala.

IKLAN

“Ayah Menangis Dengar Kamu Menyanyi,”- Bapa Sakit, Perkongsian Ibu Tomok Bikin Netizen Sebak

“Ayah Menangis Dengar Kamu Menyanyi,”- Bapa Sakit, Perkongsian Ibu Tomok Bikin Netizen Sebak

IKLAN

Bagi MH, antara sebab Tomok masih diterima masyarakat sehingga kini adalah disebabkan penyanyi itu sering memberikan yang terbaik disetiap persembahannya.

MH doakan semoga bapa Tomok segera diberi kesembuhan dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Foto: Instagram Tomok

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI